KYOSHO MINI-Z series S660 Modulo X, kereta RC untuk drift!

oleh Muhammad Md Tajudin|
KYOSHO MINI-Z series S660 Modulo X
KYOSHO MINI-Z series S660 Modulo X
Pada April 2022, Honda Access dan Kyosho telah mengeluarkan kereta kawalan jauh (RC) MINI-Z series Neo Classic Racer.

Selepas projek pertama tersebut, kedua-dua syarikat kini kembali dengan menawarkan produk baharu MINI-Z S660 Modulo X.

Seperti model terdahulu, MINI-Z S660 Modulo X tampil dengan kualiti buatan yang halus dan membuatkannya kelihatan seperti kereta sebenar.

MINI-Z S660 Modulo X dimainkan secara 'drift' sahaja dan menggunakan casis MINI-Z AWD.
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024
KYOSHO MINI-Z series S660 Modulo X

 

Set yang dijual lengkap dengan casis, tayar drift dan penghantar (transmitter) dan pemilik boleh terus memainkannya sebaik sahaja dibeli (seronok kan?). 

Untuk memilikinya, pengguna boleh membuat tempahan di dalam laman web khas Honda Access Yahoo! bermula 13 Januari 2023.

Selepas membuat tempahan, set RC ini akan diedarkan pada penghujung April 2023.

Bagaimana dengan harga? 27,500 yen (RM907.88).

 

KYOSHO MINI-Z series S660 Modulo X

 

Spesifikasi dan kelengkapan MINI-Z S660 Modulo X

  • Model skala 1/27, badan plastik
  • Warna: Sonic Gray Pearl atau Premium Star White Pearl
  • Dimensi: 142.5 mm (panjang), 67 mm (lebar), 51.7 mm (tinggi), 94 mm (jarak roda)
  • Casis: AWD MA-020N
  • Lebar roda: 8.5mm
  • Ofset roda: ±0.0mm
  • Penghantar Syncro KT-531P 2.4GHz 
KYOSHO MINI-Z series S660 Modulo X

 

  • Gear pinion: 15T, 17T, 19T, 21T
  • Gear spur: 27T, 19T, 31T
  • Nat roda ganti
  • Sepana roda
  • Pembuka pinion
  • Tayar drift
  • Pylon mini
  • Batang pemadanan (pairing stick)
KYOSHO MINI-Z series S660 Modulo X

 

Seperti biasa, sebelum menggerakkannya, anda memerlukan empat bateri AAA (alkaline atau Ni-MH) untuk kereta dan empat bateri AAA (alkaline) untuk penghantar.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Berita Global
Honda Neo Classic Racer   Ianya adalah projek pengkomersialan Neo Classic Concept yang…