Kymco RevoNEX - motosikal elektrik, transmisi manual, 0-205 km/j dalam 11.8 saat!

oleh Mohamad Hanif|
Pada acara EICMA 2019 yang sedang berlangsung ketika ini, Kymco selaku salah sebuah pengeluar skuter terulung kini memperkenalkan motosikal berkuasa elektrik sepenuhnya, digelar sebagai Kymco RevoNEX.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Walaupun RevoNEX pada asasnya merupakan sebuah motosikal elektrik, Kymco telah melengkapkan kotak gear manual enam nisbah kelajuan bagi memberikan lebih keseronokan dari segi aspek pengendalian. 

 


Tidak ada sebarang spesifikasi berkenaan sistem trenkuasa yang didatangkan, akan tetapi Kymco mendakwa RevoNEX mampu mencapai masa pecutan sepantas 3.9 saat dari 0-100 km/j dan 0-205 km/j dalam masa hanya 11.8 saat!

Terdapat empat mod tunggangan disertakan termasuklah:

  • Poised - tunggangan dalam kawasan perumahan
  • Assertive - tunggangan dalam bandar
  • Bold - tunggangan yang lebih sporty
  • Extreme - kegunaan dalam litar
     


Kesemua mod ini boleh diakses menerusi skrin paparan berwarna dan turut disekalikan dengan sistem navigasi. 

Kymco RevoNEX hanya akan memasuki pasaran bermula tahun 2021. 

Berita Berkenaan

Berita Global
Yang mencuri tumpuan sudah pasti skuter kembara Kymco CV-L6.   Seperti yang anda lihat, Kymco CV-…
Berita Global
Menurut video acah (teaser) dari Kymco, ia akan melancarkan sebuah skuter maxi yang mampu meredah…
Berita Global
  "Untuk motosikal elektrik, prasaranan mengecaj akan diselesaikan oleh syarikat-syarikat kereta…