KYMCO hasilkan superbike elektrik! Biar benar?

oleh Mohamad Hanif|
Siapa sangka, jenama KYMCO yang lebih terkenal sebagai pengeluar skuter terbesar di dunia kini menunjukkan minat untuk menghasilkan superbike berkuasa elektrik.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Motosikal SuperNEX ini didedahkan kepada umum menerusi acara EICMA Milan Motorcycle Show, dengan spesifikasi yang cukup mengkagumkan. 

Dengan kepantasan maksimum mencecah 250 km/j, SuperNEX mampu memecut sepantas 2.9 saat dari 0-100 km/j, 7.2 saat untuk pecutan 0-200 km/j dan bagi mereka yang benar-benar mempunyai dua bola besi, 0-250km/j hanya mengambil masa kira-kira 10.9 saat sahaja. 

Sebagai perbandingan, supercar terpantas Myvi mencatatkan kepantasan pecutan 11.5 saat dari 0-100 km/j. 

Menarik bukan?


Usah risau, bagi mereka yang kurang berpengalaman menunggang motosikal selaju itu, KYMCO telah membangunkan Full Engagement Performance (FEP) yang mesra penunggang bagi memberikan pelancaran yang sempurna, tiada sebarang wheelie atau gelinciran roda. 

Menurut KYMCO lagi, FEP juga boleh menghalang roda belakang daripada terangkat ketika brek mengejut dan memberikan cengkaman maksimum ketika menunggang di kawasan yang tidak rata atau basah. 

Kebiasaannya, apa jua kenderaan elektrik tidak dibekalkan dengan sebarang transmisi oleh kerana 100% kuasa diekstrak sejak daripada permulaan. 
 


Akan tetapi, KYMCO melengkapkan SuperNEX dengan transmisi enam kelajuan, serta ciri clutchless shifting dan slipper clutch yang membolehkan penunggang menggunakan sepenuhnya kuasa optimum sekaligus melepaskan potensi penuh yang ada pada motosikal ini. 

Untuk memberikan penjelasan yang lebih tepat kenapa SuperNEX ini mempunyai transmisi, jawapan daripada pengerusi KYMCO, Allen Ko ini sangat menarik:

"Menukar gear merupakan salah satu seni di dalam tunggangan motosikal!"
 


Setakat artikel ini ditulis, KYMCO tidak mendedahkan sebarang maklumat fasa produksi mahupun tarikh jangkaan ia bakal memasuki pasaran. 

Namun, apa yang pasti, KYMCO dilihat ingin merealisasikan superbike elektrik ini menjadi produk utama mereka dalam masa yang terdekat. 

Tags

Berita Berkenaan

Berita Global
Yang mencuri tumpuan sudah pasti skuter kembara Kymco CV-L6.   Seperti yang anda lihat, Kymco CV-…
Berita Global
Menurut video acah (teaser) dari Kymco, ia akan melancarkan sebuah skuter maxi yang mampu meredah…
Berita Global
  "Untuk motosikal elektrik, prasaranan mengecaj akan diselesaikan oleh syarikat-syarikat kereta…