Kutipan tol Lebuhraya DASH bermula 1 Disember 2022, Kelas 1 RM2.30 untuk setiap tol

oleh Mohamad Hanif|
Syarikat pemegang konsesi Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH), Projek Lintasan Damansara-Shah Alam Sdn Bhd mengumumkan kutipan bayaran tol akan bermula pada Khamis, 1 Disember 2022 jam 12.01 tengah malam.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kadar tol yang dikenakan untuk ketiga-tiga plaza tol (Denai Alam, RRIM Kwasa Damansara, dan Kota Damansara adalah seperti berikut:
 

dash


Para pengguna dinasihatkan supaya memeriksa baki kad Touch ‘n Go serta e-dompet TNG sebelum memasuki Lebuhraya DASH.

Bahagian Operasi Lebuhraya DASH akan sentiasa memantau kelancaran sistem kutipan tol di ketiga-tiga plaza tol selain menempatkan petugas di lorong plaza tol kedua-dua arah lebuh raya terutama pada waktu puncak bagi membantu pengguna yang menghadapi kesulitan.

Pengguna juga dinasihatkan supaya mematuhi peraturan keselamatan jalan raya dan papan tanda arah yang disediakan semasa melalui plaza tol bagi memastikan perjalanan yang lancar ke destinasi yang dituju. Sebarang pertanyaan lanjut boleh diajukan dengan menghubungi DASH hotline di talian 1 300 88 5522.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, siasatan awal…
Berita Domestik
Menurut kenyataan yang dikeluarkan, tiada sebarang permit sah dikeluarkan oleh mana-mana pihak…
Berita Domestik
Insiden nahas yang berlaku itu adalah disebabkan oleh kekeliruan pertindihan garisan jalan yang…