Kutipan JPJ eBid RM4.1 bilion pada tahun 2020

oleh SALINA JALIL|
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia memperoleh pendapatan RM4.1 bilion tahun lalu hasil kutipan melalui JPJ eBid dan perkhidmatan lain yang ditawarkan.


Menurut Ketua Pengarahnya, Datuk Zailani Hashim, aspek pendigitalan yang diterapkan dalam salah satu kerja iaitu JPJ eBid adalah untuk membida nombor pendaftaran kenderaan.

 

Katanya, JPJ eBid menawarkan ketelusan bidaan bermula daripada transaksi pendaftaran sehingga pembayaran dibuat.

 

“Sekarang untuk membida hanya perlu masuk laman web sahaja dan boleh bida mana-mana nombor yang berkenan di hati dimana-mana sahaja.

 

“JPJ eBid ialah penyumbang terbesar sehingga kini selain daripada yang asas kita lesen memandu dan lain-lain perkhidmatan,” katanya.

 

 

 

Kosmo

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Beliau berkata, kerajaan memandang serius trend pemasangan lampu itu dan sedang meneliti kesannya…
Berita Domestik
Menurutnya, JPJ akan mengambil tindakan dari segi perundangan. "Sebab sudah sampai masanya untuk…
Berita Domestik
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing, berkata inisiatif itu turut…