Kushitani khas untuk pemilik Yamaha

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Aspek perlindungan penunggang motosikal telah banyak dalam suku abad yang lalu. Boleh dikatakan, beberapa syarikat telah memainkan peranan penting dalam pembangunan sektor ini. Di antara yang menyerlah ialah Kushitani, jenama sut kulit keselamatan motosikal berprestij Jepun. Kerjasama istimewa antara YAMAHA x KUSHITANI telah menghasilkan jaket motosikal berjaring (mesh) yang bergaya namun penuh fungsi dan melindungi. Ia nya direka berasaskan DNA jenama dan perlumbaan Yamaha Factory Racing, bagi menghasilkan jaket yang mempunyai kesemua ciri yang berkualiti tinggi dari pengeluar pakaian keselamatan motosikal terkenal iaitu Kushitani. KushitaniSide KushitaniCloseUpKushitaniFront SPESIFIKASI • Warna edisi terhad • mesh penuh membolehkan aliran udara yang memastikan keselesaan dalam cuaca panas • bahan cepat kering • pad perlindungan boleh tanggal pada bahu, siku dan belakang • pita reflektif pada lengan untuk menunggang malam • Bahan fleksibel pada lengan, pergelangan tangan dan leher untuk pergerakan prestasi tinggi • Butang laras di pinggang rendah agar muat dipakai sempurna Maklumat produk CARTA SAIZ • Saiz M - Dada 114 cm, pinggang (Hem) 102 cm, panjang 67 cm, Bahu 49.5 cm, lengan 63.3 cm • Saiz L - Dada 120 cm, pinggang (Hem) 108 cm, panjang 70 cm, Bahu 51.5 cm, lengan 65.8 cm • Saiz XL - Dada 126 cm, pinggang (Hem) 1114 cm, panjang 72 cm, Bahu 53.5cm, lengan 68.3 cm BAHAN • Badan - poliester 100% • Bahagian lain - Nylon 100% • Bahagian Flex - Nylon 74%, PU 26% ARAHAN PENJAGAAN • boleh dibasuh Mesin pada 40 ° C • Iron pada 120 ° C • Tiada jatuh kering • Tiada pelunturan klorin • cucian kering tidak digalakkan Bermula sejak tahun 1947, bangkit semula selepas perang Jepun, Toshiko Kushitani mengasaskan kedai pakaian kulit wanita di bandar kelahirannya Hamamatsu. Dari tahun 1953 dan seterusnya, Kushitani-san mula memenuhi permintaan daripada rakan-rakannya yang bekerja untuk pengeluar motosikal tempatan bagi membuat pakaian perlindungan khas untuk dipakai apabila menguji motosikal, serta menyertai perlumbaan jalan tanah di Mount Asama iaitu satu acara trek perlumbaan tahunan sekitar gunung berapi separa aktif. Hari ini, tanda dagangan Kushitani memaparkan Gunung Fuji bersalji, dan telah menjadi lambang kebanggaan Jepun dalam kualiti dan ketepatan, aspek-aspek penting dalam perlindungan gear menunggang motosikal. Jaket Kushitani ini ditawarkan dalam warna Hitam dan Kelabu dengan harga RM798.00 manakala Cokelat Muda, Hijau Kundang dan Oren pula ditawarkan dengan harga RM898.00 dan boleh didapati secara dalam talian di Gem Five (klik sini untuk pautan). KushitaniColours