Kurt Leitner dilantik sebagai Pengarah Urusan baharu di VPCM

oleh SALINA JALIL|
Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) telah mengumumkan pelantikan Kurt Leitner sebagai Pengarah Urusan berkuat kuasa serta-merta.

Kurt Leitner yang turut menyertai seorang lagi Pengarah Urusan VPCM, Erik Winter yang akan menggantikan Florian Steiner yang telah dipindahkan ke Eropah untuk menggalas tanggungjawab baru selepas empat tahun berada di Malaysia.

Leitner akan bertindak sebagai Pengarah Urusan di Malaysia dan Singapura.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Leitner telah menjawat pelbagai jawatan pengurusan di kumpulan Porsche Holding Salzburg sejak tahun 1988.
Di antara jawatan yang telah dipegang oleh beliau adalah Pengarah Urusan di Porsche Romania selama empat tahun, Pengurus Besar di Porsche Chile dan PGA Ellada, selain Ketua Pegawai Eksekutif Porsche Finance Group Romania.

 


Leither telah berkata, “Saya sangat teruja untuk berada di rantau ini, hidup di Malaysia dan Singapura serta bekerja dengan orang yang datang dari budaya danlatar belakang berbeza. Ini akan menjadi satu bentuk perjalanan dan pengalaman belajar yang baru buat saya. Saya harap akan dapat memanfaatkan segalanya sepanjang berada di sini.” 

 

Leitner akan memberi fokus kepada aspek sumber manusia, teknologi maklumat dan kewangan. Sementara Winter akan terus memantau aspek jualan, selepas jualan, rangkaian pengedar dan operasi pemasaran VPCM.

 

 

Winter mengalu-alukan kehadiran Leitner dengan berkata, “Leitner merupakan lantikan terbaik kepada pasukan pengurusan kerana beliau mempunyai pengalaman yang cukup luas dalam bidang kewangan dan peruncitan automotif. Persekitaran automotif di Malaysia berkembang pantas dan saya percaya beliau akan dapat menyesuaikan diri.”

 

Dengan barisan produk akan datang yang menarik dan peningkatan angka selepas jualan lebih agresif di bawah janji jenama Volkswagen Cares, kedua-dua orang Pengarah Urusan VPCM ini yakin bahawa jenama Volkswagen akan terus berkembang dan memberikan saingan yang kompetitif.

Berita Berkenaan

Informasi
  Beliau kini merupakan Ketua Pembangunan Komersial dan Pembentukan Usahasama di Petronas Refinery…
Berita Domestik
  Ketua Rantau Asia Tenggara II dan MBM, Dr. Claus Weidner berkata, "Kami sangat gembira dengan…