Kursus Teknik Keselamatan Tunggangan Marshal anjuran GIVI, MOTOWAZI kumpul 40 peserta di Melaka

oleh Mohamad Hanif|
Atas permintaan ramai, pihak GIVI dengan kerjasama Motowazi telah meneruskan penganjuran kempen 'Safety Riding Course Tour' bertempat di Bandaraya Bersejarah Melaka, baru-baru ini.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Bandaraya Bersejarah Melaka telah dipilih sebagai destinasi pertama untuk Selatan Malaysia yang telah mengumpulkan seramai 40 orang penunggang motosikal dari Negeri Sembilan dan Johor Bahru. 

Pihak penganjur turut menjalankan proses pemeriksaan dan saringan kepada semua peserta bagi memastikan tiada sebarang penularan wabak mahupun kontak rapat di kalangan peserta, mahupun kakitangan penganjur itu sendiri. 
 


Fokus utama program ini adalah untuk memberikan pendedahan terhadap teknik-teknik keselamatan tunggangan yang betul sebagai seorang marshal, serta penerangan undang-undang keselamatan jalan raya seperti kedudukan dan komunikasi daripada wakil Polis DiRaja Malaysia (PDRM). 

Sebagai tanda penghargaan, pihak GIVI bukan sahaja memberikan sijil penyertaan malah memberikan GIVI Helmet M10.2 Vista kepada semua peserta yang hadir. 
 


Menurut Samir Sharman selaku pengurus pemasaran GIVI Asia berkata, "kami amat berbesar hati kerana dapat meneruskan kempen keselamatan jalan raya bersama Motowazi, dan ini merupakan penghargaan buat kami kerana dapat menganjurkan program ini buat kali kedua bersama Motowazi di Selatan Malaysia. 

Tambah beliau lagi, program sebegini mampu meningkatkan kesedaran para penunggang motosikal tentang pentingnya keselamatan jalan raya terutama ketika dalam kumpulan. 
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Yang mencuri tumpuan sudah pasti skuter kembara Kymco CV-L6.   Seperti yang anda lihat, Kymco CV-…
Berita Domestik
Sebanyak 4,046 helai baju hujan dan 202 pasang kasut hujan dengan jenama Givi disita dan nilai…
Pelancaran
Ia cukup untuk memuatkan dua helmet modular (flip-up) dengan alas lantai untuk memastikan barangan…