Kursus Pemula 4WD M4TREC - Kuasai pemanduan off-road Ford Ranger anda

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Berita baik buat para pemilik Ford Ranger di luar sana yang menginginkan kemahiran dan pengalaman off-road bersama trak pikap masing-masing.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sime Darby Auto ConneXion (SDAC) selaku pengedar tunggal Ford bakal mengadakan Kursus Pemula 4WD M4TREC Ford Ranger Getaways, bertempat di Semenyih pada 19 Mac 2023.

 

2

 

M4TREC merupakan pusat latihan dan pengalaman pemanduan off-road khusus untuk kenderaan pacuan empat roda (4WD) yang mengendalikan kemudahan latihan khusus kekal pertama di Malaysia.

Kursus pemanduan off-road itu akan dikendalikan oleh pasukan M4TREC yang terdiri daripada pelatih profesional bertauliah dengan HRDF yang juga pakar pemanduan off-road.

 

3

 

Kursus yang dianjurkan itu merupakan peluang terbaik khusus buat para pemilik Ford Ranger untuk memahami secara menyeluruh mengenai kenderaan mereka dan memperoleh kemahiran pemanduan off-road.

Pengarah Urusan Sime Darby Auto ConneXion-Ford, Turse Zuhair berkata, “Selepas pembelian kenderaan, mendapatkan latihan adalah pelaburan terbaik yang boleh dilakukan oleh pelanggan untuk mempelajari potensi sebenar Ranger, baik untuk kegunaan keluarga, kerja atau riadah."

 

4

 

"Kami galakkan semua pemilik Ranger, terutamanya model generasi baharu, untuk menggunakan peluang ini bagi mendapatkan pengetahuan mendalam tentang kenderaan mereka dan meningkatkan kemahiran memandu, secara selamat dan berkesan,”

Di bawah pemerhatian ketat oleh pelatih, peserta akan mempelajari teknik asas bagaimana untuk menghadapi halangan yang disediakan, seperti Dirt Track, Roller Ramp, Frame Twister, Ridge Crossing / Slide Slope, Mud & Ruts, Rutted Track, Ditch, Hill Descend, Hill Ascend dan Mud Dash.

 

5

 

Mereka yang berminat hanya perlu mendaftar dan membayar yuran sebanyak RM992.89 seorang, khusus untuk pemilik Ford Ranger generasi baharu, sekiranya ini adalah Ford Ranger Getaways pertama kali, mereka layak menerima potongan harga 30% dengan kod kad keistimewaan "Inner Circle".

Penyertaan bagi tersebut kursus juga terhad dan diutamakan kepada peserta terawal yang mendaftar, untuk memastikan anda tidak terlepas peluang, sila layari laman web SDAC-Ford bagi untuk sebarang maklumat lanjut serta membuat tempahan dan bayaran.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Selepas itu, Latihan Kemahiran 4WD Sarawak 4x4 Training Academy (Sar4Trac) pula akan diadakan, yang…
Berita Global
Tahun ini, selain dari menjadi pentas persaingan antara jenama-jenama China yang mengusung model-…
Berita Domestik
"Siasatan awal mendapati pemandu terbabit dengan sengaja meletakkan kenderaannya di tepi jalan…