Kurangkan kadar kemalangan - ASEAN NCAP beri penekanan terhadap sistem informasi titik buta!

oleh Afandi Che Muhamad|
Demi merealisasikan hasrat mengurangkan kadar kemalangan di Malaysia, pihak bertanggungjawab dalam Ujian Penilaian Kereta Baharu untuk Asia Tenggara (ASEAN NCAP) baru-baru ini mengumumkan bakal meletakkan komitmen 100 peratus terhadap pembangunan informasi titik buta bagi menepati protokol 2017-2020.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Secara ringkas, sistem keselamatan aktif berkenaan merupakan satu kriteria penting bagi memperoleh markah tinggi dalam ujian yang mana ia mewakili dua markah daripada 18 markah keseluruhan dalam kriteria Teknologi Bantuan Keselamatan (SAT).

Perlu ditegaskan bahawa SAT itu sendiri mewakili 25 peratus markah akhir yang akan dicampurkan sebaik selesai ujian secara keseluruhan bagi menentukan jumlah bintang diperoleh.

Sebagai permulaan, sebanyak 10 model kereta yang dijual di pasaran ASEAN lengkap dengan sistem informasi titik buta dilaporkan terlibat seperti Toyota (C-HR, Camry), Honda (Accord, CR-V, Odyssey), Mazda (Mazda 3, CX-5), Volvo (V40), Mercedes-Benz (S 400 h) dan Hyundai (Ioniq).

Kesemua kereta tersebut akan mengharungi sesi ujian pada sebelah siang, hanya lima kereta sahaja dijangka terlibat dalam dua sesi ujian merangkumi siang juga malam.

Tidak hanya itu, Careta dimaklumkan sistem informasi titik buta pada kesemua model tersebut turut diuji ke atas 10 motosikal berlainan bermula daripada model 100cc hingga 760cc.

Antara aspek yang ditekankan dalam ujian sistem keselamatan berkenaan adalah pergerakan kenderaan ketika menukar lorong dan kebolehan mengesan kehadiran motosikal dalam keadaan gelap.

Kewujudan sistem informasi titik buta ini berupaya membantu memberikan amaran kepada pemandu sekiranya ada motosikal yang menghampiri dan tidak dapat dilihat menerusi mana-mana cermin pandang belakang.

Careta optimis ia merupakan langkah terbaik bagi mengurangkan kemalangan yang membabitkan penunggang motosikal terutamanya ketika kereta sedang menukar lorong atau membelok.

Berita Berkenaan

Berita Global
Difahamkan, Triton merupakan trak pikap pertama yang diuji di bawah protokol penilaian 2021-2025.…
Berita Domestik
Secara keseluruhan, Proton S70 telah mendapat skor setinggi 82.95 poin berdasarkan empat kategori…
Berita Domestik
Tahukah anda? model Vios merupakan antara lapan model pertama yang diuji oleh ASEAN NCAP semasa…