Kes kecurian kereta keluaran Hyundai dan Kia dari 2021 hingga 2022, masing-masing meningkat sebanyak 503 peratus dan 363 peratus.
Sementara itu, Hyundai dan Kia melahirkan rasa kesal terhadap tindakan undang-undang di Seattle sambil memohon maaf atas kesulitan yang dialami pelanggan yang terjejas.
"Sebagai tindak balas kepada peningkatan kes kecurian yang menyasarkan kenderaan kami di Amerika Syarikat, Hyundai Motor America telah menghasilkan enjin immobiliser pada semua kenderaan yang dikeluarkan setakat November 2021.
"Di samping itu, syarikat telah mengambil beberapa siri tindakan untuk menghalang kecurian kenderaan, termasuk kemas kini perisian dan ia bakal tersedia pada bulan depan serta diberikan kepada pelanggan tanpa sebarang cas tambahan,” menurut Hyundai dalam satu kenyataan.
Kia merancang untuk meningkatkan perisian bagi kebanyakan kenderaan yang terjejas menjelang pertengahan 2023.