Kurang sambutan punca Malaysia henti F1

oleh HEZERI SAMSURI|

Kurangnya sambutan terhadap sukan Formula 1 adalah alasan utama untuk Malaysia tidak lagi menganjurkan sukan Formula 1 itu.

Menurut CEO Sepang, Datuk Razlan Razali, jumlah penonton turun mendadak selepas F1 memperkenalkan enjin V6 turbo-hybrid yang senyap itu.

Dari sejumlah 88,450 orang penonton pada tahun 2013, jumlah itu merudum kepada 46,944 pada tahun 2016. 

Tiket untuk grandstand masih lagi dijual sekarang walaupun diskaun sebanyak 82 peratus diberikan.

Alasan lain termasuk penurunan jumlah kemasukan pelancong dan juga jumlah penonton TV.

“Ini berbeza dengan acara MotoGP di mana tiket untuk acara itu yang bakal berlangsung bulan hadapan sudah habis terjual,” terang Razlan.

Tahun lalu, MotoGP Sepang mencatatkan kehadiran sebanyak 160,000 penonton.

Careta turun padang untuk mendengar respon rakyat Malaysia dan mendapat pelbagai reaksi serta pendapat.

Untuk peminat F1, mereka berkata promosi yang diadakan ditak mencukupi. 

“Setakat buka gerai di KLCC dengan seorang pekerja tercatuk di belakang kaunter menunggu pelanggan, itu bukan promosi. itu cuma menjual tiket,” ujar seorang dari Facebook.

Ada juga yang berkata kurangnya promosi dari segi iklan dan acara promosi di seluruh negara. Harga tiket yang terlalu tinggi juga dijadikan punca kepada sesetengah rakyat Malaysia kenapa mereka tidak hadir ke perlumbaan itu (harga tiket Formula 1 di Malaysia adalah yang termurah di dunia).

Bagi mereka yang tidak begitu minatkan Formula 1, mereka hanya bertumpu kepada kemalangan kereta Romain Grosjean dan beria-ia mengaitkan kemalangan itu kepada pihak kerajaan. 

Namun begitu ramai juga yang tidak tahu Formula 1 berlangsung pada hari ini dan menurut mereka, sukan itu tidak ada efek di dalam hidup mereka.

Pada pendapat Careta, acara Formula 1 sahaja tidak mencukupi. Kita masih kekurangan acara-acara sukan permotoran diperingkat permulaan (grassroot motorsports) kerana litar yang tidak mencukupi dan juga publisiti yang tidak begitu meluas.

Malaysia dikenali dengan pemandu-pemandu rally dan trek yang hebat-hebat tetapi makin lama sukan itu tenggelam kerana tidak ada promosi dari mana-mana agensi kerajaaan.

Mungkin sukan permotoran akan diambil serius oleh semua bila kereta lumba ada yang dicat warna biru, ada yang dicat warna merah dan ada yang dicat dengan warna hijau.

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Litar Antarabangsa Sepang (SIC) dan Persatuan Penulis Sukan Malaysia (MAM) sudah memulakan…
Berita Domestik
Konvoi tersebut berlepas dari TSI Arena di Cyberjaya dengan perlepasan dibuat oleh Dato' Sri Syed…
Berita Domestik
Mendapat tajaan sepenuhnya daripada PETRONAS, pasukan baharu ini bakal menampilkan Franco…