Kurang sambutan, Mercedes henti jualan A-Class di Amerika Syarikat

oleh Mohamad Hanif|
Peningkatan permintaan terhadap model-model crossover menyebabkan segmen sedan semakin kurang mendapat perhatian.
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024
CHERY Omoda 5 NCAP MREC Banner Campaign September 2024

Setelah menghentikan penawaran model sedan A 35 AMG di pasaran Amerika Syarikat pada penghujung tahun lalu, Mercedes-Benz dilapor akan menghentikan penjualan model aras mula A-Class setelah empat tahun diperkenalkan.

Menurut laporan daripada Automotive News yang memetik memo yang diedarkan kepada pengedar Mercedes, model A-Class akan dikeluarkan daripada senarai barisan Mercedes setelah tahun 2022 berakhir.

Faktor utama yang menyumbang kepada penamatan model A-Class di sana adalah prestasi jualan yang semakin merudum.


 

CLA-Class


Pada tahun pertama, A-Class berjaya dijual sebanyak 17,641 unit namun angka tersebut menurun kepada hanya 8,108 unit sahaja pada tahun 2021, atau penurunan sebanyak 47 peratus berbanding tahun 2020.

Sebagai perbandingan, model GLB-Class berjaya dijual sebanyak 26,677 unit untuk tempoh yang sama tahun lalu.

Selain daripada itu, sedan A-Class juga turut menerima persaingan daripada 'kembarnya' sendiri, iaitu CLA-Class yang memiliki dimensi, prestasi, serta harga yang hampir serupa.

Dengan penamatan model sedan A-Class (Amerika tidak menerima kehadiran hatchback A-Class), ini bermakna crossover GLA-Class akan bertindak sebagai model aras mula Mercedes-Benz di negara tersebut.

 

GLA-Class

Berita Berkenaan

Pelancaran
Ia dikuasakan oleh enjin empat silinder sebaris 2.0 liter turbo yang mampu menghamburkan kuasa…
Berita Global
  Apa yang berubah untuk model 2023? Lampu depan, gril radiator AMG, logo bulat AMG menggantikan…
Berita Global
Untuk kategori Entry Luxury, Mercedes-Benz mahu mengurangkan lagi model daripada tujuh kepada empat…