Kurang peruntukan punca jalan di Mersing gagal diselenggara

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Astro AWANI pada Ahad telah membawakan siri Laporan Khas berhubung dilema penduduk di Mersing yang masih mengharapkan perubahan dibuat membabitkan infrastruktur jalan raya di kawasan hab pelancongan itu.


Penyandang kerusi Parlimen Mersing, Datuk Abdul Latiff Ahmad berkata kekurangan peruntukan dari kerajaan mengakibatkan penyelenggaraan jalan raya di Mersing tidak dapat dilaksanakan sebaik mungkin.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Menurut beliau lagi bahawa pihaknya telah membawakan perkara itu ke peringkat kerajaan pusat, bagaimanapun dana untuk baik pulih kawasan itu masih tidak mencukupi.


Jelasnya lagi, masalah itu juga telah mendorong jalan raya di Mersing tidak mampu untuk bertahan lama.


“Kementerian Kewangan hanya sediakan RM1 bilion untuk penyelenggaraan di seluruh Semenanjung jadi kita minta RM5 bilion yang lulus cuma RM1 bilion.


“Bila Kementerian Kewangan tak sediakan bajet penyelenggaraan seperti yang dinasihatkan pihak Jabatan Kerja Raya (JKR), maka jalan-jalan tersebut tak dapat bertahan lama.


“KKR dan JKR sentiasa minta peruntukan dari Kementerian Kewangan setiap tahun,” katanya kepada Astro AWANI pada Isnin.


Mengulas lanjut, Abdul Latiff menyatakan, jalan raya di Mersing memerlukan proses penyelenggaraan untuk tempoh 5 hingga 7 tahun sekali.

 

- Persoalannya jika setiap tahun diberikan bajet untuk perbaiki jalan, di manakah bajet tersebut dibelanjakan sehingga tiada kerja baikpulih dijalankan kerana proses penyelenggaraan adalah untuk tempoh 5 hingga 7 tahun sekali kan? -


 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  "Hasil lawatan saya pagi ini ke HSA Johor Bahru, mendapati kerja baik pulih jalan sepanjang 120…
Uncategorized
Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Lembaga Getah Malaysia (LGM) kini sedang menilai kesesuaian turapan…