Kurang permintaan, Mercedes henti penawaran transmisi manual mulai 2023

oleh Mohamad Hanif|
Disebabkan permintaan yang semakin merudum, Mercedes-Benz mengumumkan penamatan penawaran bagi model-model bertransmisi manual bermula dari tahun 2023.
KTM aspiRC MREC Banner Campaign October 2023
HONDA CITY MREC Banner Campaign November 2023

Menurut laporan daripada Automobilwoche, wakil jenama Mercedes menjelaskan permintaan terhadap model tersebut semakin berkurangan, di mana lebih ramai pembeli yang lebih memilih untuk mendapatkan kenderaan elektrik tulen dan juga kereta plug-in hybrid (PHEV).

Langkah ini juga dilihat sebagai satu penjimatan kos yang efektif memandangkan Mercedes tidak lagi perlu melabur untuk membangunkan kotak gear manual pada masa akan datang.

Sebagai makluman, di sesetengah pasaran terutama di benua Eropah, model-model seperti A-Class, B-Class dan CLA-Class masih lagi ditawarkan dengan kotak gear manual.

Sumber: Automobilwoche

Berita Berkenaan

Berita Global
Akan tetapi, usah terkejut apabila jenaka kotak gear Fast Furious itu ternyata bakal menjadi satu…
Berita Global
Berita baik, Toyota dalam satu temubual mengesahkan model tersebut bakal direalisasikan dalam…
Berita Global
Perkara itu disahkan sendiri oleh bos MINI, Stefanie Wurst sewaktu bercakap kepada Top Gear. "Kami…