Kurang permintaan, Maruti Suzuki hentikan produksi Baleno RS

oleh Mohamad Hanif|
Suzuki dilaporkan telah menghentikan produksi Maruti Baleno RS yang dihasilkan khusus untuk pasaran India kerana permintaan yang terlalu rendah.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dengan jangka hayat kurang daripada tiga tahun, Maruti Baleno RS merupakan salah sebuah produk yang kurang bernasib baik muncul dari Maruti Suzuki, atas sebab faktor harga yang terlalu tinggi dan tidak banyak perbezaan daripada model standard. 

Maruti Baleno RS dilancarkan pada Mac 2017 dengan penampilan yang bergaya seperti gril dan bumper yang lebih muskular, hiasan pada lampu kabus, spoiler dan kemasan dalaman berwarna hitam. 
 


Membezakan antara Baleno standard, Baleno RS didatangkan dengan enjin tiga silinder 1.0 liter turbo Boosterjet menghasilkan 101 PS dan 150 Nm yang dipadankan dengan transmisi manual. 

Pada permulaan fasa pengenalan, Maruti Baleno RS dijual pada harga INR 8.69 lakh (RM49,819) sebelum naik kepada INR 8.76 lakh (RM50 ribu) ketika pelancaran model facelift. 

Hanya pada September 2019, harga jualan diturunkan semula kepada INR 7.89 lakh (RM45,233) untuk menghabiskan sisa-sisa stok yang masih tinggal.
 


Menurut laporan daripada IndianAutosBlog, Maruti Baleno RS bukan merupakan model pilihan bagi mereka yang mahukan daripada sebuah kereta berfokuskan prestasi, selain harga jualan yang terlalu mahal. 

Ini meletakkan Volkswagen Polo GT TSI sebagai salah sebuah pilihan yang ada bagi segmen kereta hatchback kompak. 

Sumber: IndianAutosBlog