Kurang permintaan, Hyundai henti penawaran transmisi manual crossover Venue

oleh Mohamad Hanif|
Hyundai Venue merupakan model crossover terkecil di dalam penawaran keluarga SUV, dan untuk pasaran Amerika Syarikat ia didatangkan dengan pilihan transmisi manual (untuk varian asas) atau CVT.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Namun, disebabkan permintaan yang semakin mengecil terhadap transmisi manual, ini memaksa Hyundai untuk menghentikan penawaran crossover yang dilengkapi dengan kotak gear tersebut.

Untuk pasaran Amerika, Hyundai Venue didatangkan dengan nadi 1.6 liter Smartstream yang menghasilkan 121 hp dan 153 Nm yang memacu roda hadapan.

Antara kelengkapan keselamatan yang didatangkan termasuklah Bantuan Elak Pelanggaran Hadapan, Bantuan Kekal Laluan, Amaran Pelanggaran Titik Buta, Amaran Lintasan Trafik Belakang, dan Amaran Tumpuan Pemandu.

Dengan langkah menghentikan penjualan varian bertransmisi manual, para peminat-tukar-gear-sendiri perlu mendapatkan model-model subkompak seperti Kia Soul dan Subaru Crosstrek.

Walaupun Venue kini tidak lagi didatangkan dengan transmisi manual, Hyundai masih lagi menawarkan kotak gear dengan tiga pedal untuk model-model seperti Veloster, Elantra dan juga Accent.


Sumber: Car and Driver

Berita Berkenaan

Berita Global
Namun begitu Hyundai mengakui bahawa ujian itu adalah satu simulasi sahaja kerana ia dilakukan di…
Berita Global
  Jarak roda Sonata Taxi 70 milimeter (mm) lebih panjang berbanding teksi Sonata New Rise (…
Berita Global
  Saiz DAL-e Delivery sebenarnya lebih kecil berbanding model terdahulu dan dapat beroperasi…