Kurang laku - Honda Civic, CR-V dihentikan produksi di India

oleh Mohamad Hanif|
Jika dibandingkan dengan beberapa model aras mula seperti Honda Amaze, Jazz dan WR-V, sedan Honda Civic dan SUV Honda CR-V mengalami penurunan jualan yang sangat ketara di India.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ini kerana untuk tempoh April-November 2020, Honda telah berjaya menjual sebanyak 45,690 unit kenderaan, namun kedua-dua model yang disebutkan itu tadi berjaya dijual sebanyak 850 unit dan 104 unit, masing-masing Civic dan CR-V.

Ini disusuli dengan langkah Honda untuk menghentikan operasi pemasangan di kilang Greater Noida, dan memindahkan produksi model City di Tapukara, Rajashtan yang memiliki kapasiti yang agak terhad.

Selain daripada itu, strategi Honda terhadap kedua-dua model ini tidak begitu menjadi - harga jualan yang agak tinggi serta strategi trenkuasa yang tidak memenuhi keperluan setempat, seperti penawaran varian petrol-manual atau diesel-automatik.

Tambah memburukkan keadaan adalah impak COVID-19 yang melanda dunia pada ketika ini membuatkan Honda terpaksa menghentikan penjualan kedua-dua model tersebut.

Sumber: Autocar India

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Honda Elevate telah dibangunkan oleh pusat R&D Honda Asia Pasifik di Thailand yang direka…
Berita Global
Menurut Honda, SUV serba baharu itu direka oleh divisyen R&D Asia Pasifik bagi memenuhi…