Kuota kilang punca sebenar Mazda pilih D-Max

oleh HEZERI SAMSURI|
Mazda telah melancarkan trak pikap BT-50 yang terbaharu dan ia kini menggunakan platform Isuzu D-Max paling baharu.

"Penceraian" Mazda dengan Ford menjadi tanda tanya kerana Ford bukannya calang-calang dalam dunia pikap.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Walaupun Ranger tidak dijual sebanyak Toyota Hilux, tetapi dari segi anugerah, tidak ada trak pikap yang memenangi sebegitu banyak anugerah seperti Ranger.

Ia menjadi juara Car of The Year di Malaysia dan di New Zealand, trak pikap terbaik Eropah dan berpuluh lagi anugerah.

Ford juga menghasilkan trak pikap nombor satu dunia - Ford F150, membuktikan syarikat US itu memang tahu bagaimana hendak membina sebuah trak pikap pintar dan selesa.

Menurut rakan media kami di WapCar, punca Mazda beralih arah dari US ke Jepun bukan kerana masalah produk, tetapi lebih kepada strategi perniagaan syarikat itu.

 

 

Ford dan Mazda berkongsi sebuah kilang di Rayong, Thailand. Sejarah kilang Auto Alliance Thailand (AAT) itu bermula semasa Mazda masih dimiliki oleh Ford lagi, dan walaupun Mazda sudah pun berdikari, kilang AAT itu masih penting untuk kedua-dua syarikat dan kerana itu ia diteruskan beroperasi.

Bila Mazda memilih Isuzu untuk menjadi rakan "sepikap", ini bermakna Mazda BT-50 baharu akan dibina di kilang Isuzu di Samut Prakan, bersama dengan D-Max.

Ia akan mengosongkan ruang di kilang AAT dan membenarkan Mazda membina model-model SUVnya yang lain yang jauh lebih popular.

Buat masa sekarang, kilang AAT itu hanya memasang model Mazda2 dan CX3, dan produk-produk Ford yang lain.

Mazda2 yang dipasang di Thailand itu dieksport ke seluruh Asia Tenggara sementara CX3 pula hanya untuk pasaran domestik Thailand.

Model CX-5 dan CX-8 pula diimport dari Malaysia.

 

 

Untuk memastikan jualan Mazda meningkat di Thailand, ia perlu memasang model lain juga di kilang AAT kerana walaupun negara-negara Asean mempunyai perjanjian AFTA, masing-masing masih mengenakan cukai yang tinggi untuk kenderaan yang diimport masuk.

Jadi jika Mazda mampu memasang model lain di kilang AAT, jualan dan keuntungan syarikat akan dijangka meningkat.

Artikel WapCar mendakwa model CX-30 adalah antara calon terbaik untuk dipasang di kilang AAT.

Mazda BT-50 buatan Isuzu juga bukan boleh dipandang ringan. Isuzu adalah penghasil enjin diesel terbesar dunia dan trak pikap Isuzu terkenal kerana penjimatan bahan api dan daya lasaknya.

Sentuhan Mazda pula pastinya memberikan trak pikap itu lebih kemewahan, sesuai dengan sasaran pasaran pembeli dari segmen gaya hidup.

Malangnya Isuzu sendiri belum melancarkan trak pikap D-Max baharu itu di Malaysia, bermakna BT-50 baharu akan hanya dilancarkan paling awal, tahun hadapan.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Ia memiliki sifat yang ringan dan kuat dalam masa yang sama, namun harus diingat gentian karbon…
Telah Diuji
Kalau diikutkan sejak CX-5 generasi kedua ini mula dilancarkan pada tahun 2017, sudah enam kali…
Berita Global
  Kesemuanya dipadan bersama kotak gear automatik lapan kelajuan dan pacuan semua roda (AWD) i-…