Kumpulan VW nafi mahu lepaskan Lamborghini

oleh Mohamad Hanif|
Sebagai jawapan balas kepada artikel Bloomberg, kumpulan Volkswagen menafikan dakwaan bahawa mereka akan menjual jenama Lamborghini kepada umum.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Minggu lalu, Bloomberg menyiarkan sebuah berita yang menyatakan bahawa pengeluar automotif Jerman itu sedang berkira-kira untuk melepaskan Lamborghini sebagai satu entiti yang berasingan atau disenaraikan secara umum untuk dibida. 

Ini bagi membolehkan Volkswagen menumpukan sepenuh sumber sedia ada kepada pembangunan dan produksi massa kenderaan elektrik, selain memfokuskan kepada jenama lain seperti Porsche dan Audi. 

Dalam satu kenyataan yang dibuat kepada Reuters, wakil daripada Volkswagen menafikan laporan yang dibuat oleh Bloomberg sambil menyatakan spekulasi yang dibuat tidak berasas. 

Walaupun Volkswagen menafikan dakwaan tersebut, tidak mustahil jenama Lamborghini bakal dilepaskan oleh kumpulan tersebut pada masa akan datang. 

Sebagai contoh, sebelum ini FCA 'memerdekakan' Ferrari beberapa tahun yang lalu dan hasil daripada itu syarikat kuda Itali itu terus mencatatkan pertumbuhan positif saban tahun. 

Malah, nilai jenama Lamborghini kian meningkat kepada $11 bilion, terima kasih kepada pengenalan SUV Urus yang lebih popular dan praktikal berbanding supercar Lamborghini yang lain. 

Sumber: Reuters, Bloomberg

Berita Berkenaan

Berita Global
VW Golf generasi ketujuh, Audi A3 generasi ketiga     Golf generasi ketujuh adalah model pertama…
Berita Global
Tiada kemalangan jiwa dilaporkan, namun anggaran kerugian mampu mencapai angka setinggi $335 juta (…
Berita Global
Jumlah penguasaan tersebut terus meningkat kepada angka 99.64 peratus, namun langkah terbaharu yang…