Kumpulan UMW catat peningkatan jualan 18 peratus Ogos 2023

oleh Mohamad Hanif|
Kumpulan automotif UMW mencatatkan jumlah jualan sebanyak 41,386 unit, atau peningkatan sebanyak 18 peratus sepanjang bulan Ogos 2023.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sepanjang tempoh lapan bulan pertama tahun ini, UMW berjaya melonjakkan angka jualan sebanyak 16 peratus kepada 271,515 unit, berbanding 233,367 unit yang didaftarkan dalam tempoh yang sama tahun lalu.

UMW Toyota Motor (UMWT) merekodkan jualan sepanjang bulan Ogos 2023 sebanyak 10,275 unit, atau 13 peratus lebih tinggi berbanding Ogos 2022 (9,091 unit).

Untuk tempoh lapan bulan pertama, UMWT telah mendaftarkan sebanyak 67,283 unit, dengan pertumbuhan sembilan peratus berbanding 61,639 unit untuk tempoh yang sama tahun 2022, dengan penguasaan pasaran sebanyak 13.4 peratus.
 

myvi


Sementara itu, Perodua telah mendaftarkan sebanyak 31,111 unit kenderaan sepanjang bulan Ogos 2023, peningkatan sebanyak 19 peratus berbanding 26,039 unit pada Ogos 2022.

Sepanjang tempoh lapan bulan pertama, jumlah jualan Perodua melonjak kepada 204,232 unit, atau 19 peratus lebih tinggi berbanding 171,728 unit dalam tempoh yang sama tahun lalu.

Dalam tempoh yang sama, Perodua berjaya menguasai 40.7 peratus pasaran dengan model Bezza yang paling laris terjual, diikuti Myvi dan Axia.

Sumber: Bernama melalui The Star