Kumpulan Safety First saran hadkan kelajuan motosikal kapchai untuk kurangkan kematian

oleh HEZERI SAMSURI|
Kumpulan pro-keselamatan jalanraya, Safety First mencadangkan agar kelajuan motosikal dengan kapasiti 150cc dan ke bawah dihadkan untuk mengurangkan jumlah kematian akibat kemalangan di jalanraya.

Kumpulan Safety First yang mempunyai lebih dari 500 keahlian ialah sebuah kumpulan Whatsapp dan menurut akhbar The Star, ia terdiri dari mereka yang menunggang motosikal.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Menurut Pengerusi Institut Kajian Keselamatan Jalanraya Malaysia (MIROS), Datuk Suret Singh, kajian dan perbincangan akan dilakukan untuk melihat keberkesanan cadangan tersebut.

"Kumpulan itu mengemukakan cadangan-cadangan untuk mengurangkan kadar kemalangan motosikal dan mereka bersetuju perlu ada had laju untuk motosikal-motosikal di bawah 150 cc," ujar Suret.

Kumpulan Safety First itu juga mahukan sedikit ruang untuk mereka di atas jalanraya dan mereka tidak meminta sebarang laluan khas.

 

 

Suret (gambar di atas) selepas itu menerangkan bahawa lebih dari 4,000 penunggang kapchai mati setiap tahun.

"Ia mewakili 60 peratus dari jumlah kemalangan maut dan mangsa selalunya ialah lelaki di antara umur 15 ke 25 tahun," terang beliau lagi.

Suret menggantikan tempat Tan Sri Lee Lam Thye yang bersara dari MIROS.

* Berita asal dari The Star

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Beliau berkata begitu semasa temubualnya dengan portal berita online The Mole. Menurutnya, dasar…