Kumpulan PSA umumkan peningkatan angka jualan sebanyak 38%

oleh SALINA JALIL|
Kumpulan PSA yang terdiri dari lima jenama iaitu Peugeot, Citroen, DS Automobiles, Opel and Vauxhall telah mengumumkan peningkatan angka jualan sebanyak 38.1 peratus bagi separuh tahun pertama 2018 dengan jumlah keseluruhan jualan kenderaan mereka adalah sebanyak 2,181,800 unit.

Kumpulan PSA yang telah melancarkan 13 unit model baharu telah berjaya menjual 609,300 unit kenderaan di pasaran global dan berada di tempat kedua dalam segment SUV di pasaran Eropah.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Peugeot mendahului dalam segment SUV di Eropah dengan angka jualan sebanyak 339,200 unit.

Model SUV Peugeot 3008  mendahului model yang lain dengan jualan sebanyak 144,000 dan diikuti dengan 5008 dengan 58,900 unit terjual.

 

3008

 

 

Untuk jenama Citroen SUV, model C3 Aircross di Eropah dan C5 Aircross di China yang mendahului pasaran dengan angka jualan sebanyak 80,000 unit dan 135,000 unit secara keseluruhan selepas dilancarkan.
 

 

 

 

DS7 Crossback, model dari DS Automobiles yang dilancarkan bulan Februari yang lepas juga menunjukkan peningkatan jualan sebanyak 35 peratus.

 

DS 7

 

Bagi kenderaan jenama Opel dan Vauxhall pula jumlah angka jualan adalah sebanyak 167,200. Model yang menjadi perhatian adalah Crossland X, Mokka X dan Grandland X.  

 

 

 

Secara keseluruhan angka jualan secara global untuk Kumpulan PSA ini adalah seperti berikut:-

i. Eropah - angka jualan adalah 1,673,700 unit, meningkat 61.5% termasuk jenama Opel dan Vauxhall yang berjaya menjual sebanyak 550,900 kenderaan.

ii. Timur Tengah dan Afrika - penurunan jualan sebanyak 18.6 peratus, dengan angka jualan sebanyak 226,100 unit sahaja memandangkan kenderaan yang dihasilkan di Iran tidak termasuk dalam jualan global yang disatukan sejak 1 Mei. 

iii. China dan Asia Tenggara - angka jualan adalah sebanyak 163,000 di China dan Asia Tenggara, peningkatan sebanyak 6.9%. Secara purata, jenama Citroen adalah penyumbang utama peningkatan angka jualan ini dengan pelancaran model terbaharu iaitu  C5 Aircross SUV dan kenderaan sedan. Diikuti pula dengan jenama Peugeot yang mengeluarkan model 3008, 4008 dan 5008 dan telah mendapat tempat di pasaran negara-negara ini.

iv.  Amerika Tengah - jumlah keseluruhan jualan adalah 98,000 peningkatan sebanyak 1.7 peratus. Jenama yang mendapat tempat ke empat dalam pasaran premium adalah DS Automobiles, model DS 3.

v. India-Pasifik - angka jualan keseluruhan adalah 13,300, peningkatan sebanyak 25.1 peratus. Negara Jepun mendahului dengan jenama pilihan adalah Peugeot, model 3008 dan 5008.

vi. Eurasia - peningkatan adalah sebanyak 18.1 peratus terutama di Rusia dan Ukraine dengan angka jualan adalah sebanyak 7,700 unit kenderaan. Pilihan yang popular adalah Peugeot 3008, C4 (sedan) dan Citroen SpaceTourer.

 

spacetourer

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Mereka semua telah disambut oleh Ketua Pegawai Operasi bagi ASEAN, Daniel Gonzalez dan Pengarah…
Berita Domestik
Ia merupakan sebahagian daripada peralihan Stellantis untuk menjadikan Stellantis Malaysia sebagai…
Berita Domestik
Malaysia yang juga akan menjadi ibu pejabat Stellantis untuk Asia Pasifik turut menjadi pusat…