Kumpulan PROLINTAS sumbang wang tunai dan barang keperluan kepada barisan hadapan dan golongan pendapatan rendah

oleh SALINA JALIL|
Kumpulan Syarikat PROLINTAS (PROLINTAS) menyumbang wang tunai dan barang bernilai RM60,000 untuk mengurang tekanan yang dihadapi barisan hadapan perubatan dan kumpulan pendapatan 40 peratus terendah (B40).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Mohammad Azlan Abdullah, berkata sumbangan itu untuk kumpulan yang terkesan dengan penularan wabak COVID-19 yang dihadapi negara ketika ini.

 

“Berikutan kes jangkitan yang sudah meningkat, PROLINTAS komited untuk bersama-sama membantu khususnya kepada kakitangan hospital dan golongan B40 yang sedang berdepan situasi sukar dan mencabar.

 

“PROLINTAS melihat satu kewajipan untuk membantu dan memastikan kebajikan kumpulan B40 yang terjejas berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan sejak 18 Mac lalu,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

 

Sumbangan wang tunai itu disampaikan kepada Kementerian Kesihatan dan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) bertujuan membiayaai kos penyediaan peralatan perlindungan peribadi kepada doktor dan jururawat.

 

Sumbangan berbentuk barangan keperluan juga dihulur kepada empat pusat perubatan iaitu Hospital Sungai Buloh, Hospital Kuala Lumpur, Hospital Selayang dan Hospital Tengku Ampuan Rahimah.

 

Barang yang disumbangkan ke hospital adalah mengikut keperluan hospital masing-masing dalam menangani kekurangan keperluan dan penambahan kes serta wad untuk pesakit COVID-19.

 

pic 1

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Penutupan itu akan dilaksanakan bermula jam 5.00 petang, 3 Februari 2024 sehingga 2.00 pagi, 4…
Berita Domestik
Pelaburan tersebut adalah penting untuk membantu Kumpulan PROLINTAS dalam penstrukturan semula…
Berita Domestik
Program tersebut merupakan inisiatif bersama masyarakat menerusi Program Tuisyen Pintar Yayasan…