Kumpulan konvoi X70 merentasi sempadan China dalam masa lima hari

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Tatkala ramai di antara kita yang membuat keputusan untuk bercuti dengan menaiki kapal terbang sebagai mod pengangkutan utama. 

Namun, tidak bagi segelintir pemilik Proton X70 yang sanggup memandu sejauh 13,000 km bagi melengkapkan perjalanan selama 33 hari merentas empat buah negara - Malaysia, Thailand, Laos dan China. 

Berikut merupakan ringkasan bagi perjalanan selama lima hari sebelum mereka berjaya merentasi sempadan China. 

 


Hari 1 - Malaysia - Hatyai (540 km, 12 jam)

Kumpulan konvoi bergerak ke utara dan singgah sebentar di PROTON Juru Auto-City untuk pemeriksaan secara ringkas dan sesi makan tengah hari. 

Merentasi Padang Besar, mereka kemudian meneruskan perjalanan ke Hatyai sebelum menyertai makan malam bersama PROTON Motors Thailand.


Hari 2 - Hatyai - Hua Hin (740 km)

Merupakan hari perjalanan jauh pertama, kumpulan konvoi bergerak dengan kelajuan purata 90-120 km/j, disajikan dengan pemandangan yang indah pada akhir perjalanan.  

Hari 3 - Hua Hin - Tak (619 km)

Hari ketiga membawakan kumpulan konvoi memasuki Tak Province di Myanmar. 

Terima kasih kepada fungsi Auto Hold, kumpulan konvoi mampu untuk meredah kawasan yang padat dengan lampu isyarat trafik, 
 


Hari 4 - Tak - Chiang Khong (580 km)

Dalam perjalanan menuju ke Chiang Khong, kumpulan X70 berhenti seketika di Magic Hill, Highway 105. 

Sambil menikmati keajaiban yang berlaku di sana, ia turut menarik perhatian warga tempatan untuk melihat dengan lebih dekat produk SUV Proton itu. 

Perjalanan ke Chiang Khong diteruskan merentasi Sungai Mekong dan Laos. 


Hari 5 - Chiang Kong - Mengla (430 km)

Hari kelima konvoi berjaya membawakan grup X70 dari Malaysia merentasi sempadan Thailand ke Laos sebelum diakhiri dengan sempadan China. 

Menurut catatan perjalanan, sehingga hari kelima kesemua unit Proton X70 masih mampu memberikan perjalanan yang selesa dan menyenangkan walaupun terpaksa mengharungi pelbagai bentuk muka bumi 

Di China, perjalanan yang lebih mencabar bakal menanti kumpulan konvoi yang kini berbaki 28 hari sahaja lagi.