Kumpulan kedua BMW X5 xDrive45e edisi terhad tiba, 22 unit sahaja, RM480,800

oleh Mohamad Hanif|
Sime Darby Auto Bavaria baru-baru ini mengumumkan ketibaan kumpulan kedua SUV BMW X5 xDrive45e yang datang standard dengan M Performance Parts dan terhad kepada 22 unit sahaja untuk pasaran Malaysia.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Sebelum ini, pengedar Auto Bavaria membawakan kumpulan pertama BMW X5 xDrive45e yang terdiri daripada 30 unit di mana kesemua unit telah pun habis terjual dalam masa satu minggu sahaja.

Harga jualan BMW X5 xDrive45e Limited Edition ini bermula dari RM480,800, di mana ia dilengkapi dengan pakej BMW M Performance Parts bernilai RM36,600 yang merangkumi:

  • gril hadapan hitam berkilat
  • perumah cermin sisi gentian karbon
  • roda aloi ringan Star Spoke 748M bersaiz 20 inci, lengkap dengan sistem pemantauan tekanan tayar (TPMS)

 

X5


Selain itu, pembeli juga turut mendapat barangan eksklusif bernilai RM22,000 yang merangkumi:

  • beg pakaian mewah
  • payung BMW
  • set penjagaan kulit dengan perlindungan UV BMW
  • baucar rotor brek dan pad brek BMW
  • cawan seramik bertebat STTOKE Classic 16oz

Baca: BMW X5 xDrive45e

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Mereka mungkin mempunyai pelbagai kenderaan lain tetapi yang mereka akan gunakan setiap hari ialah…
Pelancaran
Tahun lalu sahaja, BMW berjaya mencatatkan jumlah pengedaran BMW X5 lebih 25 peratus daripada…