Kumpulan BMW Malaysia, Sime Darby buka fasiliti pemasangan enjin BMW di Kulim

oleh Mohamad Hanif|
BMW Group Malaysia dan Sime Darby Auto Engineering (SDAE), sebuah divisyen di bawah Sime Darby Motors telah melancarkan pembukaan Fasiliti Pemasangan Enjin SDAE di Kulim, Kedah pada hari ini.

MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Berucap sewaktu majlis pembukaan tersebut, Datin K. Talagavathi, Timbalan Setiausaha Agung (Industri) Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, “Saya berbesar hati untuk merasmikan pembukaan Fasiliti Pemasangan Enjin milik Sime Darby Auto Engineering yang terbaharu di Kulim, Kedah pada hari ini."

"Fasiliti pemasangan enjin baharu ini yang dibangunkan melalui kerjasama dan inisiatif Sime Darby Motors bersama BMW Group bukan sahaja akan mewujudkan persaingan di dalam negara dan rantau berhampiran, malah ia juga akan mewujudkan peluang pekerjaan serta meningkatkan kemahiran  teknikal untuk warga Malaysia," ujar beliau.
 


Timbalan Presiden bahagian Production Engines and Electrified Powertrains BMW, Ilka Horstmeier berkata, "Hari ini merupakan hari yang istimewa bersama SDAE dengan penubuhan sebuah fasiliti pemasangan enjin yang baharu (enjin petrol, diesel serta enjin untuk kenderaan elektrik PHEV) untuk kegunaan BMW di Malaysia."

Pengerusi Sime Darby, Tan Sri Dato' Dr. Wan Abdul Aziz Wan Abullah berkata, "Visi Sime Darby Motors adalah untuk menjadi rakan pemasangan kontrak pilihan, dengan matlamat untuk menghasilkan lebih daripada 50,000 buah kenderaan, komponen enjin serta lain-lain menjelang tahun 2020."

Fasiliti SDAE ini dibangunkan dengan jumlah pelaburan melebihi RM132 juta di atas kawasan seluas enam ekar serta keluasan bangunan yang mencecah 8,500 meter persegi. 

Mempunyai 60 orang tenaga pekerja yang mahir, fasiliti ini turut dilengkapi dengan teknologi pemasangan enjin yang terkini termasuklah Dosing and Bonding Technology (DoBoTech), ujian terhadap injap hidraulik, ujian kebocoran serta ujian ketahanan suhu. 
 

 


Menurut Pengarah Urusan dan CEO Kumpulan BMW Malaysia, Harald Hoelzl berkata, "Malaysia memainkan peranan penting sebagai rakan kongsi strategik bagi Kumpulan BMW di Asia Tenggara, dengan pencapaian yang membanggakan sejajar dengan target kami di seluruh dunia."

"Suku tahun pertama 2018 memperlihatkan Kumpulan BMW berada di laluan yang tepat bagi mencapai sasaran jualan pecah rekod selama lapan tahun berturut-turut," tambah beliau. 

"Ini turut ditambah dengan pencapaian peningkatan jualan oleh Kumpulan BMW Malaysia sebanyak 15% menerusi jenama BMW, MINI dan BMW Motorrad, dengan catatan jualan sebanyak 3,000 unit kenderaan direkodkan pada suku pertama tahun 2018," kata Hoelzl mengakhiri bicara. 
 

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Berbekalkan teknologi canggih, reka bentuk dan prestasi luar biasa, BYD SEAL menjadi antaraa salah…
Berita Domestik
Terletak secara strategik di Ara Damansara, Glenmarie dan Cheras, pusat 3S tersebut menyasarkan…
Berita Domestik
  “SpareXHub bertindak sebagai perantara untuk Sime Darby Motors dalam menyediakan kemudahan…