Kump. VW mahu kembalikan nama Scout di AS! Lancar pikap dan SUV

oleh Muhammad Md Tajudin|
Pikap Scout
Pikap Scout
Pernah dengar kenderaan jenama Scout? Pada tahun 2020, sebuah subsidiari Kumpulan Volkswagen iaitu Traton telah mengambil alih Navistar International atau dahulunya International Harvester.

Syarikat inilah yang mengeluarkan pikap dan jip Scout dari tahun 1961 hingga 1980.

Perniagaan syarikat bermula puluhan tahun sebelum itu lagi dengan mengeluarkan traktor.

Terbaru Kumpulan Volkswagen mengumumkan perancangan untuk melancarkan pikap dan SUV elektrik di Amerika Syarikat

Tidak menggunakan nama Volkswagen atau mana-mana jenama yang biasa tetapi Scout!

Sebuah syarikat berasingan dan bebas akan ditubuhkan di Amerika Syarikat pada tahun ini dan Kumpulan Volkswagen akan membawa jenama Scout ke segmen kenderaan elektrik.
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024
Scout SUV and pick-up

 

Model baharu tersebut akan direkabentuk, dijuruterakan dan dikeluarkan di Amerika Syarikat untuk pelanggan di sana. 

Prototaip pertama Scout akan diperkenalkan pada tahun depan manakala pengeluaran dijadual bermula pada tahun 2026.

Segmen pikap elektrik di Amerika Syarikat memang hangat sekarang ini dengan Ford menerima tempahan luar biasa untuk F-150 Lightning.

Bersama pengesahan ini, Kumpulan Volkswagen turut berkongsi lakaran sisi kedua-dua pikap dan SUV.

 

SUV Scout

 

Dari sisi dan perkadaran, memang nampak kedua-duanya membawakan pengaruh Scout terdahulu dan bersahaja.

Gambar depan tidak dikongsi cuma lampu pikap dan SUV Scout secara tradisinya berbentuk bulat. 

Spesifikasi teknikal juga belum didedahkan dan tiada masalah untuk Scout memandangkan Kumpulan Volkswagen mempunyai kepakaran yang boleh dimanfaatkan.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Berita Global
Habeck, yang juga naib canselor Jerman, membuat komen itu sebagai menjawab soalan mengenai ancaman…
Berita Global
Konglomerat yang berpangkalan di Jerman itu dilapor sedang mempertimbangkan dua penutupan kilang di…
Berita Domestik
Acara perhimpunan itu akan belangsung pada 24 Ogos 2024 di Litar Antarabangsa Sepang dan terdapat…