Kumho hasilkan tayar 20 inci dengan profail 45, pertama untuk kenderaan komersil

oleh Muhammad Md Tajudin|
Bermain dengan tayar memang seronok terutama sekali jika anda berminat dengan tahap cengkaman di atas jalan raya. Ada yang sekadar menukar jenama dan ada pula bermain dengan saiz roda besar dan tayar berprofail rendah.

Kebiasaannya profail tayar yang digemar dipilih atau mudah didapati di kedai-kedai ialah siri 45, 50 atau 55.

Walaupun begitu jarang pengeluar membekalkan tayar profail rendah melainkan untuk model keluaran khas atau berprestasi.

Untuk kenderaan komersil pula jauh janggang dari api. Atau bagaimana jika ada yang menjadikannya sebagai realiti?

Memang sudah menjadi kenyataan apabila Kumho berjaya membangunkan tayar kenderaan komersil berukuran 20 inci dengan profail 45 yang pertama di dunia.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024
HYUNDAI SOLATI LIMOUSINE

 

Tayar tersebut bukan prototaip lagi dan ia sebenarnya dibekalkan untuk kegunaan bas mini Hyundai Solati Limousine.

Tayar yang dibekalkan untuk bas premium tersebut ialah Kumho PorTran KC53 245/45R20C 115/113R.

Tayar asal untuk Solati Limousine berukuran 16 inci dan tawaran bagi menaikkan saiz kepada 20 inci telah diberikan kepada beberapa pengeluar tayar dan hanya Kumho yang berjaya memenuhi keperluan Hyundai.

Menurut Kumho, tayar ini direka untuk kenderaan komersil ringan supaya dapat memberikan prestasi cemerang di atas lebuh raya. Binaannya dibuat bagi memastikan pengendalian yang baik walaupun membawa beban maksimum.

Tayar ini juga direka supaya dapat memberikan kawalan stereng yang bagus di dalam keadaan kering atau basah dan juga mengurangkan risiko aquaplaning.

Ciri lain pada tayar ini ialah cengkaman yang baik dan jarak kegunaan lebih jauh serta rolling resistance rendah untuk kecekapan bahan api.

Berkenaan dengan Solati Limousine, bas ini dilancarkan pada 2015 dan disasarkan kepada pasaran Korea dan Eropah. 

Bas ini dikeluarkan di Jeonju, Korea dan turut dipasang di Turki dalam program usaha sama dengan syarikat Karsan iaitu pakar kenderaan komersil dan dijual di bawah nama H350.

Walaupun disasarkan untuk pasaran Eropah, Solati Limousine sebenarnya tidak dijual di United Kingdom (dan negara kita).

Penulis: Muhammad Md Tajudin