Kulit tomato, cangkerang telur berpotensi digunakan dalam produksi komponen kereta!

oleh Mohamad Hanif|
Siapa sangka, kulit tomato dan cangkerang telur yang biasanya kita buang keluar rupa-rupanya berpotensi untuk dijadikan sebagai bahan dalam komponen kenderaan!
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Benar, ia kini merupakan salah satu kajian penting yang dijalankan oleh Katrina Cornish, seorang professor di Ohio State University, serta badan penting antarabangsa dalam produksi getah asli, sifat dan produk, serta biosintesis getah. 

Menurut Cornish, beliau berpendapat kulit tomato yang biasanya dibuang mampu menggantikan sebahagian daripada bahan karbon hitam yang dijumpai pada sesendal suspensi, cagak motor, tayar, hos serta lain-lain lagi. 

Bahan karbon hitam yang disebutkan di atas terhasil daripada pembakaran tidak lengkap produk petroleum berat seperti tar FCC (fluid catalytic cracking), tar arang batu dan proses penghasilannya melepaskan gas pencemaran kepada atmosfera. 
 

siapa sangka, bahan buangan yang kita lontarkan selama ini mampu digunakan kembali menjadi sebahagian daripada kereta anda?

Selain daripada itu, antara yang menjadi perhatian Cornish adalah kulit telur di mana ia boleh ditukar menjadi serbuk halus yang berupaya menjadi agen penguat di dalam bahan karbon hitam itu tadi. 

Para pengkaji di OSU kini berkerjasama dengan pembuat komponen kenderaan Tenneco dan sekurang-kurangnya sebuah syarikat pengeluar automotif bagi mengkaji keberkesanan penggunaan kulit tomato dan cangkerang telur pada komponen getah 

Penggunaan bahan makanan di dalam pembuatan komponen kenderaan bukanlah satu perkara baharu. 

Kulit kacang cashew merupakan salah satu contoh di mana hasil produksi minyak yang dikeluarkan banyak digunakan di dalam pad brek dan kasut brek.