Kulim bakal miliki lapangan terbang antarabangsa (KXP)

oleh SALINA JALIL|
Kerajaan negeri Kedah sudah melantik beberapa syarikat antarabangsa yang akan bertanggungjawab melaksanakan pelan induk pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP).


Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, berkata beliau akan membuat pengumuman rasmi berhubung pelantikan syarikat berkenaan dalam masa terdekat.
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

 

“Kita baru nak mulakan proses pengambilan tanah dan buat masa ini, tender topografi di kawasan pembinaan sudah diluluskan.

 

“Saya akan buat pengumuman rasmi dan majlis penganugerahan kerana kita juga sudah melantik syarikat antarabangsa untuk menjalankan pelan induk pembinaan lapangan terbang berkenaan.

 

“Pemilihan syarikat dibuat menerusi proses tender yang lengkap dan sememangnya kita ambil masa kerana penting untuk ia dibuat secara telus,” katanya dalam sidang media selepas majlis perasmian projek naik taraf Jalan Padang Sera/Siputeh di Kodiang, di sini hari ini.

 

Hadir sama, Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Rina Harun.

 

Mukhriz berkata, pembangunan projek Kedah Rubber City (KRC) Hab Logistik di Bukit Kayu Hitam yang dikendalikan Northern Gateway Sdn Bhd juga sudah bermula awal tahun ini.

 

“Kita sudah cukup dengan merancang, strategi pun sudah ada, hujung tahun 2019 lalu dan tahun ini adalah untuk kita melaksanakan apa yang sudah dirancang,” katanya.

 

Sebelum ini, Mukhriz dilaporkan berkata kerajaan negeri berharap lapangan terbang itu dapat beroperasi menjelang 2024 bagi memenuhi keperluan kargo dan logistik khususnya di Kulim dan Pulau Pinang.

 

Pada 19 Mac tahun lalu, Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengumumkan bahawa kerajaan meluluskan pembinaan KXP yang membabitkan pelaburan luar berjumlah RM1.6 bilion.

 

 

 

Sumber: Berita Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Gunung Ruang meletus tiga kali pada Selasa, memuntahkan lahar dan abu lebih lima kilometer ke…
Berita Domestik
  "Dari segi penjenamaan semula KLIA dan KLIA 2 kepada Terminal 1 dan Terminal 2, itu permohonan…
Informasi
  Katanya trafik antarabangsa meraih 2.8 juta pergerakan penumpang, sama seperti paras yang…