Kubota X Tractor - robot pintar untuk halaman pertanian

oleh Mohamad Hanif|
Menurut Kubota ketika sambutan ulang tahun yang ke-130 baru-baru ini menyebut, masa hadapan industri pertanian bakal berubah dengan kehadiran traktor elektrik autonomi.
NISSAN MREC Banner Campaign Mar

Dalam masa yang sama, Kubota turut memperlihatkan secara rasmi model konsep X Tractor - sebuah robot pertanian autonomi yang dilengkapi keupayaan kepintaran buatan (AI) dengan mempunyai bentuk sebuah traktor dengan empat kaki runut. 

Kubota mendakwa mereka merupakan syarikat pertama yang memperkenalkan teknologi pintar ini untuk perniagaan pertanian bertujuan untuk menangani masalah kekurangan tenaga pekerja selain menjadikan kos operasi lebih efisien.
 


Konfigurasi empat kaki runut ini mempunyai kebolehan untuk mengubah ketinggian mengikut keadaan tanah yang dilalui. 

Pergerakan X Tractor ini dikawal dengan motor elektrik dalam roda yang mengurangkan penggunaan komponen bergerak, serta berupaya untuk menambah atau mengurangkan radius pusingan. 

Selain pek bateri lithium-ion, Kubota turut menambah keupayaan untuk beroperasi dalam jangka masa yang lama dengan pemasangan panel solar di bahagian 'bumbung' traktor ini. 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Ia adalah projek perintis oleh Autofuel untuk menguji sistem pengisian bahan api futuristiknya…
Informasi
  Uniknya ujar MAHB, The Rex bukan sekadar dapat menyapu lantai, malah robot jenama Lionsbot itu…
Gaya Hidup
Lego buat kali pertamanya bekerjasama dengan Hasbro kini menawarkan figura Lego Optimus Prime yang…