Kuantan terima satu lagi Pusat 3S Proton baharu

oleh HEZERI SAMSURI|
Proton membuka pusat 3S yang ketiganya di bandar Kuantan semalam.

Pesat Auto TCM Sdn Bhd mempunyai pusat 3S yang dilengkapi enam ruang servis dan empat hoist pengangkat yang terletak di dalam bangunan seluas 750 meter persegi.
Modenas

Menurut pengarah Pesat Auto, Tee Keh Hock, beliau yakin pelaburan sebanyak RM2.3 juta yang terletak di sepanjang bandar utama di Kuantan itu mampu meningkatkan jualan Proton di situ sebanyak 30 peratus dan jumlah servis kepada 40 peratus.

Pahang menyaksikan peningkatan sebanyak 10 peratus dalam jualan Proton dan X70 buatan Geely yang diimport sepenuhnya menyumbang sebanyak 30 peratus kepada jualan di negeri itu.

Proton bakal melancarkan X70 varian CKD dalam masa terdekat ini. Varian yang dipasang secara tempatan itu dikatakan mempunyai kelengkapan yang lebih baik disamping memberi nilai beliau yang lebih bagus berbanding model yang diimport sekarang.

*Gambar utama

Acara pemotongan riben pelancaran: dari kiri ke kanan.

Mr. Liew Vee Lee – President, Proton Edar Dealers Association
En. Mohd Azhar Bin Mustafa Kamal, Regional Sales Manager - East Coast
Mr. Chua Yoon Khoon – Director, Pesat Auto CTM Sdn Bhd
Mr. Tee Keh Hock - Director, Pesat Auto CTM Sdn Bhd
Mr. Rajendran Nambiappan – Head, Sales Management, PROTON
Mr. Chua Kin Hua – Director, Pesat Auto CTM Sdn Bhd
Mr. Chua Kim Chew – Investor, Pesat Auto CTM Sdn Bhd
Mr. Ng Thin Ong – Investor, Pesat Auto CTM Sdn Bhd

Add new comment

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Berbanding dengan bulan yang sama pada tahun 2020 pula, jumlah jualan meningkat sebanyak 19.9…
Berita Domestik
Kejadian itu yang tular di media sosial mencetuskan pelbagai reaksi apabila suspek bertindak…
Berita Domestik
Peraduan ini bermula pada 11 Februari sehingga 30 April 2021, dan terbuka kepada semua rakyat…