Kualiti Pameran Auto Frankfurt menurun - tanda industri sudah berubah

oleh HEZERI SAMSURI|
Pameran Auto Frankfurt yang berlangsung bermula 12 hingga 22 September ini nampaknya menerima kritikan dari para media dan pemerhati industri.

Untuk pertama kalinya, pameran itu kehilangan jenama-jenama penting seperti Peugeot, Toyota, Citroen, Nissan, Kia, Ferrari, Volvo dan kesemua jenama di bawah Fiat Chrysler.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Mana yang tinggal pula telah mengurangkan bajet pameran mereka, termasuk jenama-jenama dari Jerman sendiri.

BMW contohnya telah menurunkan baket dan ruang pameran di pameran itu sebanyak dua pertiga.

Menurut akhbar Handelsblatt, Mercedes-Benz juga mengecilkan ruang pameran jenama itu dan Smart sebanyak 30 peratus.

Jumlah penyertaan turun sehingga 20 peratus kepada 800 jenama dan kawasan pameran juga dikurangkan sebanyak 16 peratus.

 

 

Handlesbatt melaporkan Nicolas Peter, Ketua Kewangan untuk BMW berkata pameran automotif sudah berubah dan di masa hadapan, fokus akan lebih kepada teknologi, bukannya produk.

Presiden Persatuan Automotif Jerman VDA, Bernhard Mattes berkata kepada akhbar Jerman itu bahawa persatuannya akan bekerjasama dengan ahli-ahli untuk mengubah kedudukan pameran itu di dalam industri tersebut.

Bekas CEO Opel pula, Karl Thomas Neumann percaya ini adalah pameran auto Frankfurt yang terakhir.

Pameran seterusnya akan berlangsung pada tahun 2021 kerana ia berlangsung dua tahun sekali.

Pameran Automotif di Malaysia juga nampaknya mempunyai masalah untuk berkembang. Ia masih jauh dari mampu menyaingi pameran-pameran automotif di Thailand atau di Indonesia.

Masih tidak ada pelancaran global yang dilakukan di Malaysia dan pengunjung ramai berkata ia masih umpama melawat dewan pameran kenderaan yang besar kerana kekurangan kenderaan konsep dan kenderaan baharu. 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Namun, ia tidak pernah menghalang salah sebuah penala BMW, Alpina untuk memperkenalkan sebuah…
Berita Global
Dan kini, tiba masanya untuk kita mengetahui julat harga yang bakal diberikan kepada para pembeli…
Berita Global
Jenama yang menggunakan huruf H italik, Hyundai mengambil langkah yang sama dengan membawakan…