KTMB - Tiket ETS, KTM Intercity 2023 mula dijual 15 Nov

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Jualan tiket bagi perkhidmatan tren elektrik (ETS) dan KTM Intercity bagi 2023 akan dibuka mulai 15 Nov ini, menurut Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).


KTMB dalam kenyataan pada Ahad memaklumkan ia melibatkan perjalanan bertarikh 1 Jan hingga 30 Jun 2023 dengan menggunakan jadual waktu sedia ada bagi kedua-dua perkhidmatan tersebut.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Perkhidmatan ETS menawarkan 1.8 juta tiket bagi tempoh 1 Jan hingga 30 Jun 2023 manakala perkhidmatan KTM Intercity menawarkan 2.6 juta tiket.

 

Perkhidmatan ETS akan beroperasi melalui 32 perkhidmatan melibatkan 10 laluan Kuala Lumpur (KL) Sentral-Butterworth, KL Sentral-Ipoh (10), KL Sentral-Padang Besar (8) dan masing-masing dua laluan bagi Gemas-Butterworth dan Gemas-Padang Besar.

 

Sementara itu, perkhidmatan KTM Intercity menawarkan 53 perkhidmatan seperti Shuttle Timuran yang melibatkan perjalanan dari Gemas-Kuala Lipis-Tumpat dan Ekspres Rakyat Timuran bagi perjalanan dari JB Sentral ke Tumpat. 

 

Tren Ekspres Selatan pula melibatkan perjalanan dari Gemas ke JB Sentral manakala Shuttle Tebrau dari JB Sentral ke Woodlands, Singapura.

 

Perkhidmatan KTM Intercity melibatkan 14 laluan bagi Shuttle Timuran, dua perkhidmatan bagi Ekspres Rakyat Timuran, Ekspres Selatan (enam perkhidmatan) dan Shuttle Tebrau (31 perkhidmatan). 

 

“Jualan tiket ini dibuka untuk tempoh enam bulan yang akan datang bagi membolehkan orang ramai membuat perancangan awal terutama bagi mereka yang akan menyambut Tahun Baharu Cina, Aidilfitri atau yang merancang pulang ke kampung semasa musim cuti sekolah serta bercuti dalam negara,” menurut KTMB.

 

KTMB menasihatkan orang ramai supaya mendapatkan tiket lebih awal bagi menikmati kadar tambang lebih rendah dan jimat.

 

Para pengguna juga disaran membeli tiket melalui aplikasi KTMB Mobile (KITS) sedia ada atau laman sesawang KTMB.

 

Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman sesawang www.ktmb.com.my atau hubungi Pusat Panggilan KTMB di talian 03-2267 1200.

 

 

-- BERNAMA 

Berita Berkenaan

Informasi
  "KTMB sudah pun menggunakan platform digital untuk penjualan tiket yang membolehkan orang ramai…
Informasi
"Enam perkhidmatan ETS adalah melibatkan dua perkhidmatan laluan untuk KL Sentral - Padang Besar -…
Berita Domestik
"Untuk itu kementerian menerusi Perbadanan Aset Keretapi sedang mengusahakan inisiatif perolehan…