KTMB tawar tren terus dari Kuala Lumpur ke Hatyai sempena Hari Malaysia 2022

oleh SALINA JALIL|
gambar dari facebook KTM
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menawarkan trip perkhidmatan tren dari ibu negara terus ke Hatyai sempena sambutan Hari Malaysia 2022 minggu depan,.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Menerusi hantaran dalam laman sosial operator rel itu hari ini, perjalanan dikenali sebagai Tren Khas My Sawadee itu hanya mengenakan tambang istimewa serendah RM75 sehala.

 

“Jualan tiket ini telah dibuka bermula semalam dan penumpang boleh membelinya menerusi laman rasmi online, aplikasi KTMB Mobile atau semua medium penjualan sah,” jelasnya.

 

Tren tersebut akan berlepas dari stesen KL Sentral pada pukul 10.10 malam 15 September dan tiba esoknya di bandar raya terbesar wilayah Songkhla, selatan Thailand itu pada 7.25 pagi waktu tempatan.

 

Seterusnya tren berkenaan akan berpatah balik dari stesen Hatyai pada pukul 11.30 pagi waktu tempatan 18 September dan dijangka tiba di KL Sentral pukul 12.32 pagi keesokannya.

 

Sejumlah 240 tempat duduk disediakan pihak KTMB dalam gerabak ‘Superior’ manakala bagi penumpang yang ingin merasai tidur di koc ‘Superior Sleeper’, sejumlah 120 katil turut ditawarkan.

 

 

Tambang perjalanan sehala di gerabak tersebut masing-masing ialah RM89 untuk katil atas dan RM97 untuk katil bawah dengan semua caj tiket tidak termasuk makanan atau minuman.

 

KTMB turut memaklumkan bahawa harga tambang perkhidmatan tren berkenaan adalah sama diseragamkan dewasa sahaja dengan tiada tiket khas jenis konsesi atau kanak-kanak.

 

Bagaimanapun, penumpang boleh juga membeli tiket perjalanan dua hala untuk mengelak kehabisan dan pembatalan tiket itu tertakluk kepada prosedur atau terma ditetapkan KTMB.

 

Operator rel tersebut turut menyatakan bahawa penumpang boleh membeli pakej percutian di Hatyai dengan merujuk kepada agensi Kurma Travel & Tours Sdn. Bhd. dan Travel Forte.

 

Perkhidmatan tren khas itu bagi memenuhi permintaan tinggi penumpang Lembah Klang yang berhasrat menghabiskan cuti panjang bersempena Hari Malaysia 2022 pada Jumaat depan.

 

 

Kosmo

Berita Berkenaan

Informasi
  "KTMB sudah pun menggunakan platform digital untuk penjualan tiket yang membolehkan orang ramai…
Informasi
"Pelarasan semula kadar tambang ini akan memanfaatkan kira-kira 40,000 rakyat Malaysia yang…
Informasi
"Penumpang perlu mengakses pintu masuk dan keluar (ACG) untuk menikmati tambang tren KTM Komuter…