KTMB mula operasi kereta api enjin stim tahun depan

oleh Mohamad Hanif|
Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) akan memulakan operasi kereta api enjin stim pada Januari tahun depan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Menurut laporan Bernama, inisiatif Tourism Heritage Steam Locomotive Train itu dijalankan menerusi kerjasama KTMB dengan Great Leisure Sdn Bhd bagi menarik minat pelancong tempatan dan luar negara untuk menikmati keindahan alam di sepanjang laluan kereta api.

Ketua Pegawai Korporat KTMB, Mohamed Suhaimi Yaacob berkata, "perkhidmatan terbaharu itu bakal menjanjikan pengalaman unik kepada penumpang di laluan antara Gemas, Negeri Sembilan hingga ke Tumpat, Kelantan."

Buat masa ini, Kuala Lumpur dan Butterworth akan menjadi destinasi permulaan perkhidmatan kereta api enjin stim itu sebelum diperluaskan ke lokasi lain.

Pengarah Urusan Great Leisure, Datuk Dzulfadly Abdullah berkata, hiasan dalaman koc penumpang itu menggunakan sepenuhnya hasil kerja tangan ukiran anak tempatan yang ketika ini telah siap kira-kira 70 peratus.

“Kerusi penumpang pula akan dipasang dengan rekaan yang diinspirasikan oleh syarikat tempatan mengikut konsep seniman P. Ramlee dan seniwati Saloma,” katanya.

Dzulfadly berkata penumpang bukan sahaja dapat menggunakan perkhidmatan itu sebagai mod pengangkutan ke destinasi pelancongan, malah boleh menjadikan kereta api berkenaan sebagai lokasi bagi mengadakan sebarang majlis termasuk majlis perkahwinan.

“Kita ada ‘open deck’ yang memang dikhaskan untuk majlis istimewa penumpang,” katanya.

Beliau berkata pihaknya ketika ini masih belum menetapkan harga bagi pakej penganjuran majlis namun menjanjikan ia pada kadar istimewa.

Sumber: Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Bera Supt Zulkiflee Nazir berkata dalam kejadian sekitar 3.10 pagi itu tiada…
Berita Global
Menurut laporan CNN, kereta api Pakistan Railway yang membawa 950 orang penumpang itu berlepas dari…
Berita Domestik
Walau bagaimanapun, hala tuju itu adalah tertakluk kepada hasil kajian kebolehlaksanaan yang sedang…