KTMB dalam proses tingkatkan kualiti perkhidmatan, penuhi permintaan pengguna

oleh SALINA JALIL|
gambar arkib
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dalam usaha memperbaiki kemudahan infrastruktur yang ada di Lembah Klang bagi meningkatkan kualiti perkhidmatannya, kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KTMB Datuk Mohd Rani Hisham Shamsudin.


Beliau berkata cabaran yang dihadapi KTMB ialah membaiki trek-trek lama di sepanjang stesen Rawang hingga ke Kuala Lumpur yang masih menggunakan trek tunggal.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

 

"Kita sedia maklum bahawa trek tunggal akan menjejaskan ketetapan masa dan waktu perjalanan termasuk faktor usia tren dan limitasi bilangan kereta api," katanya pada sidang media selepas menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara KTMB dan Pengarah Urusan The Treasure @ Taman Herba Eidia Erriany Abdul Rahim di sini hari ini (Ahad).

 

Beliau berkata pihaknya bersama kementerian terlibat akan mempercepatkan projek menaik taraf kemudahan KTMB di Lembah Klang seperti yang dirancang agar dapat melaksanakan pembinaan rel keretapi berkembar.

 

"Ini termasuklah usaha membaik pulih keretapi lama secepat mungkin agar ia boleh digunakan selain membeli keretapi baharu yang melibatkan kementerian lain," tambahnya.

 

Menurutnya, pihak KTMB sentiasa mendengar rungutan orang ramai berkenaan isu kekurangan koc tempat duduk dan kehabisan tiket baru-baru ini sempena cuti umum sambutan Hari Kebangsaan yang bersambung dengan cuti persekolahan, awal September lepas.

 

"Dua minggu lepas, saya ambil maklum akibat kehabisan tiket keretapi bagi semua perjalanan maka KTMB akan mengumumkan pertambahan jumlah koc pada setiap perjalanan bagi memenuhi peningkatan permintaan tiket.

 

"Kita tidak menambah jadual perjalanan namun kami akan menambah jumlah tempat duduk sebagai contoh tren yang mempunyai enam koc ditambah lagi menjadi 12 koc," katanya.

 

MoU tersebut bagi memperkasakan industri ekopelancongan di Perak termasuklah cadangan kerjasama melalui pakej-pakej 'rail tourism' untuk mempromosikan Stesen Batu Gajah sebagai transit ke The Treasure @ Taman Herba dan lokasi menarik di sekitarnya.

 

Kerjasama ini juga dijangka dapat memperkenalkan lebih banyak lokasi baharu kepada pelancong tempatan dan antarabangsa.

 

 

 

-- BERNAMA

Berita Berkenaan

Informasi
  "KTMB sudah pun menggunakan platform digital untuk penjualan tiket yang membolehkan orang ramai…
Informasi
"Enam perkhidmatan ETS adalah melibatkan dua perkhidmatan laluan untuk KL Sentral - Padang Besar -…
Berita Domestik
"Untuk itu kementerian menerusi Perbadanan Aset Keretapi sedang mengusahakan inisiatif perolehan…