KTM mungkin beli Ducati?

oleh Mohamad Hanif|
Sedar tak sedar, sudah hampir enam tahun sejak Kumpulan Volkswagen membeli jenama Ducati dan dalam tempoh tersebut, ia merupakan antara tahun-tahun terbaik sepanjang penglibatan hampir 92 tahun di dalam industri ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Lihat sahaja pada model Scrambler, Multistrada dan yang terbaharu Panigale V4 yang dikatakan antara motosikal produksi paling ekstrem yang pernah dihasilkan. 

Namun begitu, adat perniagaan turut sama terpakai kepada mereka, dan kini terdapat ura-ura mengatakan VW bakal menjual kembali Ducati dan daripada pemain industri sedia ada, KTM mempertimbangkan pembelian jenama tersebut daripada VW.
 


Menurut CEO KTM Stefan Pierer menyifatkan Ducati sebagai 'Ferrari' di dalam industri motosikal, dan ia merupakan satu perkara yang menarik untuk mempunyai jenama tersebut di dalam kumpulan KTM.

Sekiranya perkara tersebut bakal menjadi kenyataan, ia akan menjadi batu loncatan kepada impian KTM - sebagai sebuah jenama kecil yang memfokuskan kepada pembuatan motosikal off-road - untuk menjadi pembuat motosikal ketiga terbesar di dunia - dengan bantuan dan teknologi daripada Ducati. 

Berita Berkenaan

Berita Global
Langkah itu sememangnya tidak mengejutkan, kerana pengurusan atasan di PMG telah menjelaskan dengan…
Model Terbaharu
KTM 890 SMT adalah Supermoto Tourer yang menawarkan prestasi dan pengendalian supermoto dengan…
Model Terbaharu
Pengenalan KTM 1390 Super Duke R 2024 bersempena dengan ulang tahun ke-30 nama Duke, di mana super…