KTM fokus pemasangan motosikal di Filipina

oleh Penyumbang Rencana 2|
Jenama KTM memang tidak asing bagi pasaran motosikal di Filipina. 


Ekoran sambutan yang menggalakkan, KTM akan memasang lebih banyak motosikal jenama tersebut di Filipina untuk pasaran Asean. 
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Sempena Hari Kemerdekaan Filipina baru-baru ini, KTM telah mengumumkan untuk memulakan pengeluaran motosikal KTM 790 DUKE dan KTM 790 ADVENTURE di kilang pengeluaran mereka di Filipina.

 

Pengeluaran tersebut dilihat akan meningkatkan lagi pertumbuhan pasaran motosikal di Eropah serta Asean yang menyumbang lebih 13 juta penjualan motosikal setiap tahun.

 

ktm 390

 

Pada  2017, KTM bekerjasama dengan Ayala Corporation di Manila yang bertindak sebagai pengedar jenama KTM Motorcycle di pasaran domestik. 

 

Usahasama KTM bersama Ayala turut melibatkan  pengeluaran 200 Duke, 390 Duke, RC 200 dan RC 390.

 

Kini, turut menjadi fokus KTM ada model berkembar selari 800 cc yang mendapat sambutan menggalakkan di seluruh dunia.

 

Ia adalah pemasangan terbesar yang pernah dihasilkan berdasarkan kajian dan kejuruteraan Austria yang dipadankan dengan standard berkualiti tinggi pengeluaran domestik.

 

Model KTM 790 DUKE ini mendapat gelaran 'THE SCALPEL' kerana mudah dikendalikan bagi segmen 800 - 1000 cc serta sangat sesuai untuk penggunaan di jalan raya biasa atau off road.

 

 

 

ktm duke 790 scalpe

 

Ketua Pegawai Keselamatan KTM, Florian Kecht berkata, walaupun duti import sangat menyekat pembekalan motosikal antarabangsa ke negara rantau Asean seperti China, Malaysia, Thailand, Vietnam dan Filipina pada tahun 2019, namun KTM akan memastikan permintaan untuk segmen tersebut meningkat. 

 

"Pasukan tempatan sangat menyokong strategi kami untuk memperkuat jenama dengan rangkaian motor berkapasiti lebih besar. 

 

" Ini adalah saat yang membanggakan dan masa yang menggembirakan untuk syarikat serta pencinta KTM di rantau ini. " katanya.

 

 

Artikel oleh Hamimah Hamid / Mohd UmzarulFaiz Umar

Berita Berkenaan

Berita Global
Langkah itu sememangnya tidak mengejutkan, kerana pengurusan atasan di PMG telah menjelaskan dengan…
Model Terbaharu
KTM 890 SMT adalah Supermoto Tourer yang menawarkan prestasi dan pengendalian supermoto dengan…
Model Terbaharu
Pengenalan KTM 1390 Super Duke R 2024 bersempena dengan ulang tahun ke-30 nama Duke, di mana super…