KTM 790 Adventure R Rally 2020 - hanya ada 500 unit seluruh dunia!

oleh Mohamad Hanif|
Baru-baru ini, pihak pengeluar motosikal KTM Amerika Utara mengumumkan keterdapatan model KTM 790 Adventure R Rally yang bakal menyerang pasaran tersebut bermula tahun hadapan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Pihak KTM nampaknya hanya mengehadkan produksi kepada 500 unit terhad di seluruh dunia dan ia merupakan penawaran terbaharu ke dalam keluarga KTM 790 Adventure. 

Dibangunkan berdasarkan model KTM 790 Adventure R, model eksklusif Rally ini masih mengekalkan ciri casis trellis keluli, serta enjin LC8c Twin-Parallel berkuasa 95 hp dengan kotak gear enam kelajuan beserta klac slipper PASCTM dan opsyen Quickshifter+.
 


Sistem suspensi pula menerima rombakan yang cukup besar, didatangkan dengan unit WP XPLOR PRO yang tahan lasak, serta boleh laras dengan jarak pergerakan suspensi sepanjang 240 mm. 

Dengan set rim bersaiz 21 inci hadapan dan 18 inci belakang dan tayar Metzeler Karoo 3, ketinggian pelana pula direkodkan pada angka 910 mm. 

Sistem pemberhentian pula menggunakan brek cakera berkembar 320 mm dengan angkup empat omboh , dan dibantu dengan ciri keselamatan  Cornering ABS, kawalan cengkaman motosikal (MTC) dan juga ciri motor slip regulation (MSR). 
 


Antara ciri moden yang dilengkapkan termasuklah papan pemuka berbilang fungsi dengan skrin berwarna TFT, lampu LED sekeliling serta pakej KTM MY RIDE yang menawarkan navigasi mengikut turutan (turn-by-turn). 

Harga jualan pula belum didedahkan oleh pihak KTM.