KTM 390 Enduro bakal muncul?

oleh HEZERI SAMSURI|
Nampaknya penggemar motosikal adventure akan mempunyai sebuah lagi pilihan dari jenama KTM.

Menurut gambar yang diterima dari media Eropah, KTM sedang menguji sebuah KTM 390 dengan tayar hadapan 21-inci khusus untuk offroading.
BHPETROL Euro5 Diesel MREC Banner Campaign Sep 2023

Selain dari tayar "jagung", sistem gantungan yang lebih mirip sebuah jentera ADV menguatkan lagi desas desus itu.

Seperti model-model KTM 390 yang lain, ia pastinya akan hadir di India dan kemungkinan besar akan tiba ke pasaran Malaysia juga. KTM dan Bajaj mempunyai hubungan rapat di mana syarikat motosikal India itu membantu KTM di dalam bidang R&D. 

Adakah model "enduro" cilik ini boleh berjaya di Malaysia? 

Berita Berkenaan

Informasi
Jawatankuasa yang terlibat pada dasarnya bersetuju untuk meningkatkan kekerapan kereta api, menurut…
Berita Domestik
Anda tidak perlu risau kerana walaupun ia menggunakan magnet, unit itu akan terkunci dengan…
Berita Global
Rupa luaran X-Bow GT-XR ini banyak membawakan persamaan dengan jentera lumba GTX dan GT2 yang…