KTM 390 Adventure untuk tahun 2019?

oleh HEZERI SAMSURI|
KTM akan melancarkan model Adventure terbaharu mereka tahun hadapan dan ia lebih kepada pasaran motosikal berenjin rendah.

Menggunakan platform KTM 390 Duke, model KTM 390 Adventure ini akan menggunakan enjin 390 Duke, iaitu enjin selinder tunggal 373cc dengan kuasa maksimum 43 hp (enjin yang sekeluarga dengan Bajaj Dominar 400).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

KTM 390 Adventure nampaknya mensasarkan pasaran BMW G310 GS dan kedua-duanya memang dibangunkan dan dibina di India (rakan teknikal BMW di India ialah TVS sementara Bajaj pula mempunyai pegangan saham di dalam KTM).

Model 390 ini dijangka sangat sesuai untuk pasaran India, dan ada kemungkinan akan dieksport ke negara-negara lain seperti di Eropah dan juga Malaysia.

 

 

Untuk pasaran Malaysia, model 390 ini memang sedikit unik kerana ia memerlukan lesen B penuh. 

Selagi ada ramai peminat motosikal yang sanggup membayar untuk sebuah jentera baharu walaupun berenjin kecil, selagi itu akan wujud pasaran 250cc dan 400cc.

Mungkin Kementerian Pengangkutan boleh menukar akta dengan mewajibkan mereka yang mahu naik ke lesen B penuh untuk menunggang motosikal 250cc selama 12 bulan dahulu. 

Konsep "training bike" atau motosikal latihan ini digunapakai di beberapa negara maju kerana adalah lebih selamat bagi seorang penunggang menggunakan motosikal perantaraan seperti sebuah 250cc sebelum terus melompat ke motosikal yang lebih besar.

Berita Berkenaan

Berita Global
Langkah itu sememangnya tidak mengejutkan, kerana pengurusan atasan di PMG telah menjelaskan dengan…
Model Terbaharu
KTM 890 SMT adalah Supermoto Tourer yang menawarkan prestasi dan pengendalian supermoto dengan…
Model Terbaharu
Pengenalan KTM 1390 Super Duke R 2024 bersempena dengan ulang tahun ke-30 nama Duke, di mana super…