KTM 1300 R Edition 2023 - Naked bike kedua hasil talaan Brabus, 177 HP, terhad 290 unit

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Syarikat penala terkenal dari German, Brabus baru-baru ini sekali lagi telah bekerjasama dengan KTM untuk memperkenalkan sebuah lagi hasil talaan yang merupakan sebuah naked bike kedua mereka, iaitu KTM 1300 R Edition 2023.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Diasaskan dari KTM 1290 Super Duke R EVO, KTM 1300 R Edition 2023 merupakan naik taraf dari versi pertama yang turut ditala oleh Brabus pada tahun lepas.

 

2

 

KTM 1300 R Edition 2023 dikuasakan oleh enjin V-twin 1,301 cc yang mampu menghasilkan kuasa sehingga 177 HP pada 8,000 rpm.

Motosikal itu akan ditawarkan dengan dua pilihan warna istimewa iaitu Superblack dan Stealth Gray, dan turut menampilkan beberapa komponen yang diperbuat dari gentian karbon.

 

3

 

Pada bahagian pelana, ia dibalut semula dengan corak jahitan "Crest" Brabus, dan pada bahagian sisi ia menampilkan pemijak kaki kustom serta ekzos dual paip.

Ianya menampilkan jalur tandatangan Brabus pada liang udara diperbuat dari gentian karbon yang direka bentuk semula untuk memberikannya rupa unik.

 

4

 

Seperti yang dilakukan oleh Brabus pada kereta, KTM 1300 R Edition 2023 didatangkan dengan roda forged Monoblock Z yang menampilkan warna Platinum Black, dimana roda tersebut lebih ringan dan kuat berbanding roda standard.

Bagi meningkatkan lagi tahap tunggangan motosikal itu, ia dilengkapi dengan sistem teknologi suspensi separa-aktif WP APEX, dimana ia mempunyai 5 tetapan iaitu Comfort, Street, Sport, Track, dan Advanced.

 

5

 

Terhad kepada 290 unit, ianya akan hanya ditawarkan untuk pasaran terpilih bersama 145 unit setiap warna, harga bagi motosikal talaan Brabus itu akan bermula dari USD45,500 (RM200,298).

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Untuk makluman, nama Brabus itu sendiri diambil daripada tiga huruf pertama kedua-dua individu…
Berita Global
Brabus 900 Rocket R ini asalnya sebuah Porsche 911 Turbo S, ia bukan sahaja membawakan rupa paras…
Berita Global
Seperti contoh, sedan saiz penuh EQS 53 AMG yang tampil dengan motor elektrik berkembar yang telah…