Krisis kekurangan mikrocip, Nissan tangguh pelancaran Ariya EV

oleh Mohamad Hanif|
Nissan terpaksa menangguhkan sementara pelancaran model kenderaan elektrik Nissan Ariya disebabkan masalah kekurangan bekalan cip semikonduktor yang masih lagi membelenggu syarikat tersebut.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Nissan Ariya EV telah pun diperlihatkan secara rasmi pada Julai 2020 dan ia merupakan model kereta elektrik yang disasarkan penjualannya untuk pasaran Jepun, Eropah, Amerika Syarikat dan China menjelang akhir tahun ini.

Wakil Nissan mengesahkan bahawa krisis bekalan cip merupakan antara masalah utama yang menghalang pelancaran EV baharu itu.

"Kami menghadapi pelbagai cabaran di dalam industri, termasuklah kekurangan semikonduktor, dan keutamaan kami adalah untuk memastikan model EV yang termaju ini sampai ke tangan pelanggan tanpa sebarang masalah," ujar wakil Nissan memberitahu AFP.

"Untuk itu, kami perlu menangguhkan sementara proses penjualan (Nissan Ariya).

 


Tidak seperti Nissan LEAF, Nissan Ariya hadir dalam bentuk crossover yang ditawarkan dalam empat konfigurasi kuasa di mana varian paling premium menawarkan kuasa setinggi 389 hp/600 Nm, pecutan 0-100 km/j dalam masa 5.1 saat sahaja dan pek bateri 90 kWh yang membenarkan jarak operasi sejauh 580 km untuk sekali caj penuh.

Versi asas Nissan Ariya bakal hadir dengan konfigurasi pacuan roda belakang dan pek bateri 65 kWh, dengan angka output keseluruhan 215 hp dan 300 Nm, serta jarak operasi sejauh 450 km.

Sumber: Japan Today

Berita Berkenaan

Berita Global
  Dilihat dari dekat, corak jeriji berbentuk koma dan diselaputi warna hitam kilat. Koma atau…
Berita Global
Nissan Elgrand AUTECH 2024   Nissan sekali mengemaskini Elgrand dan mula dijual di Jepun pada…
Berita Global
  Kicks lebih tenang namun tetap bergaya selain canggih dengan teknologi e-POWER.  Tidak dibawa…