Krisis kekurangan cip - giliran Subaru tutup kilang!

oleh Mohamad Hanif|
Masalah kekurangan cip semikonduktor yang melanda dunia kini mengakibatkan sebuah lagi pengeluar automotif terpaksa menghentikan sementara operasi pemasangan kenderaan selama dua minggu.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Laporan daripada Nikkei Asia menyebut Subaru merupakan 'mangsa' terbaharu yang terpaksa menutup kilang Yajima, Wilayah Gunma bermula 10 April, cuti berjadual pada 27 April dan hanya akan memulakan semula operasi pemasangan kenderaan pada 10 Mei ini.

Kilang yang dimaksudkan itu digunakan untuk memasang kenderaan termasuklah Outback dan Forester, dan penutupan operasi ini bakal mengurangkan jumlah produksi berjumlah 10,000 unit.

Ini bermakna, salah satu daripada barisan produksi akan direhatkan buat sementara waktu selama 13 hari bekerja, manakala yang lain selama lapan hari bekerja.

Sementara itu, operasi pemasangan di kilang utama Gunma akan tetap diteruskan di mana ia hanya mempunyai satu barisan pemasangan automatik.

Subaru turut mengesahkan masalah kekurangan cip semikonduktor ini tidak berpunca daripada insiden kebakaran yang melanda kilang Renesas Electronics di Jepun sehingga menyebabkan Toyota dan Nissan mengurangkan produksi kenderaan.

Selain daripada Subaru, Suzuki Motor juga turut mengumumkan penutupan operasi di dua kilang pemasangan yang terletak di Wilayah Shizuoka pada Isnin lalu.

Sumber: Nikkei Asia

Berita Berkenaan

Berita Global
Kekurangan cip pada peringkat global telah mengakibatkan kelewatan terhadap penghasilan dan…
Berita Global
Masalah tersebut berpunca daripada gangguan bekalan yang disebabkan oleh serangan Russia ke atas…
Berita Global
Namun begitu, pandemik Covid-19 telah mengubah segalanya dan masalah bekalan cip menyebabkan proses…