Krisis kekurangan cip dijangka berlarutan hingga 2022 - Daimler

oleh Mohamad Hanif|
Masalah kekurangan bekalan cip semikonduktor global dijangka akan terus memberikan impak kepada angka jualan kenderaan untuk separuh kedua 2021 (2H2021) dan tahun 2022.

Dalam satu laporan terbaharu daripada Reuters, Ketua Pegawai Kewangan Daimler AG  Harald Wilhelm memberitahu pelabur walaupun masalah tersebut dijangka berlanjutan hingga tahun 2022, ia tidak akan meninggalkan kesan yang ketara berbanding tahun ini.

Sama seperti pengeluar lain, Daimler juga turut mengehadkan angka produksi untuk tahun ini, memaksa pengeluar Jerman itu memfokuskan kepada model-model yang mendatangkan margin yang lebih tinggi.

Krisis kekurangan cip ini adalah berikutan peningkatan permintaan terhadap kenderaan dalam tempoh pemulihan ekonomi global daripada pandemik COVID-19.

Beberapa pengeluar mengambil langkah selamat dengan tidak menyertakan ciri-ciri tertentu pada model kenderaan mereka.

Seperti contoh, General Motors menyatakan sesetengah trak pikap tidak akan didatangkan dengan modul pengurusan bahan api dan ia mampu memberikan kesan yang buruk terhadap kadar penggunaan bahan api model tersebut.

Sumber: Reuters

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan daripada Automotive News Europe, tempoh menunggu untuk sesetengah model PHEV kini…
Berita Global
Pengeluar automotif Ford diberitakan akan terus menghasilkan trak pikap F-150 dan SUV Edge, akan…
Informasi
  Menteri Kewangan yang juga Ahli Lembaga Pengarahnya, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz…