Difahamkan, langkah ini bertujuan membebaskan sehingga €150 juta dalam bentuk kecairan jangka pendek usaha terdesak yang disebut sebagai arahan "top-down" daripada CEO baharu, Ivan Espinosa, yang mengambil alih tampuk kepimpinan sejak April lepas.
Antara tindakan Nissan termasuk:
-
Menangguhkan bayaran yang sepatutnya dibuat pada Jun ke pertengahan Ogos atau seterusnya ke September.
-
Menawarkan dua pilihan kepada pembekal: ikut jadual asal, atau tangguh dengan sedikit pampasan tambahan.
-
Menggunakan HSBC sebagai perantara, di mana bank akan bayar dahulu, dan Nissan membayar semula dengan faedah.
Satu dokumen dalaman bertarikh Oktober 2024 juga mendedahkan bahawa Nissan pernah berjaya menjimatkan sekitar €59 juta melalui kaedah yang sama dengan lebih sedozen pembekal utama, termasuk ManpowerGroup dan Mitsui O.S.K. Lines.
Nissan sebelum ini mencatat kerugian bersih sebanyak $4.5 bilion (~RM21.3 bilion) untuk tahun kewangan lalu dan masih belum mengumumkan sebarang ramalan kewangan rasmi untuk tahun ini. Ketiga-tiga agensi penarafan kredit utama dunia juga telah meletakkan status hutang Nissan sebagai "junk" memberi gambaran betapa sukarnya mereka untuk mendapatkan dana baharu.
Untuk keluar daripada krisis ini, Nissan merancang untuk:
-
Mengurangkan kos operasi sebanyak $3.4 bilion (~RM16 bilion) dalam tempoh dua tahun.
-
Menutup beberapa kilang dan mengurangkan kira-kira 15% tenaga kerja global mereka.
-
Mencapai aliran tunai positif menjelang tahun kewangan 2026.
Sama ada pelan penyelamatan ini mampu menyelamatkan jenama yang pernah menjadi antara peneraju automotif global itu, hanya masa akan menentukan.
Sumber: Leaked Emails Reveal The Desperate Measures Nissan Is Taking To Avoid Collapse | Carscoops