Dalam satu hantaran di forum Bimmerfest, seorang pengguna forum mendedahkan BMW sudah pun memulakan produksi sesetengah model tanpa kehadiran skrin sentuh, termasuklah 3-Series, 4-Series Coupe dan Convertible, 4-Series Gran Coupe, Z4 serta kesemua model X5, X6 dan X7.
Ketiadaan ciri tersebut akan ditandakan dengan kod nama 6UY, dan setiap pembeli model yang terjejas akan dibekalkan dengan kredit bernilai $500.
Ini bermakna, pengguna tidak lagi boleh mengakses fungsi yang terdapat pada skrin infotainmen menerusi sentuhan, sebaliknya hanya boleh mengawal fungsi yang ada menggunakan iDrive Controller dan arahan suara.
Sementara kenderaan yang dilengkapi dengan Parking Assistant Package akan turut kehilangan ciri Backup Assistant, namun fungsi seperti Apple CarPlay dan Android Auto masih lagi akan ditawarkan.
Sumber: Bimmerfest