Kreativi, usaha dan semangat cintakan alam sekitar di Toyota Eco Youth Edisi ke-19

oleh SALINA JALIL|
Sejak 2001, UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) dan Kementerian Pendidikan Malaysia telah menjalinkan usaha sama untuk menganjurkan program Toyota Eco Youth (TEY) bagi mendidik belia di Malaysia tentang kepentingan pemuliharaan alam sekitar untuk memastikan kelestariannya di masa hadapan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Program berkenaan yang menjadi satu daripada aktiviti Tanggungjawab Sosial Koporat (CSR) Toyota menyediakan pendedahan kepada pelajar-pelajar sekolah dari usia muda untuk memupuk tabiat berkenaan bagi memastikan nilai ini di sambung sehingga mereka dewasa. 

 


Dalam edisi ke-19 ini, TEY telah membawakan tema "Be the Superhero to Save the World". Ia menerapkan elemen daripada Toyota Environment Challenge 2050, sebuah inisiatif global oleh Toyota Motor Corporation dengan matlamat untuk melangkaui tahap sifar kesan terhadap alam sekitar.
 

 

"Perniagaan kami tidak hanya terbatas kepada menghasilkan produk yang lebih baik, selamat dan mesra alam. Kami juga melihatnya sebagai tanggungjawab sosial kami untuk membantu mendidik dan menanam rasa cintakan alam sekitar di dalam diri belia-belia negara ini. Satu daripada usahanya ialah melalui program TEY ini, yang telah dijalankan sejak 2001," jelas Presiden UMW Toyota Motor, Ravindran K.

 


Setakat ini, UMWT telah membelanjakan hampir RM7 juta untuk program TEY yang telah menyaksikan penglibatan sebanyak 258 buah sekolah dan 2,000 pelajar.

 

 

Ravindran turut berkata adalah sangat jelas kesinambungan ini perlu berterusan dan membantu isu-isu berkaitan alam sekitar kerana ia melibatkan masa hadapan. 

 


"Kami pastinya akan terus menganjurkan TEY secara tahunan dan dengan maklum balas serta pengalaman dari acara setiap tahun, program berkenaan berkembang sewajarnya dalam mendepani permasalahan semasa yang memerlukan perhatian segera," tambah beliau. 

 

2

 


12 buah sekolah seluruh Malaysia telah mengambil bahagian di dalam program ini yang telah bermula sejak Ogos lalu. 

 


Para pelajar dan guru yang terlibat menghadiri bengkel khas selama tiga hari yang diadakan di Dorsett Putrajaya untuk mempelajari tentang Kaedah Penyelesaian Masalah 8-Langkah yang diamalkan oleh pekerja UMWT dalam mendepani pelbagai situasi, termasuk yang berkaitan alam sekitar.


 

 

Semua sekolah yang terbabit menerima geran bernilai RM2,000 untuk memulakan projek mereka. Berdasarkan apa yang telah mereka pelajari, mereka kemudiannya perlu melalui fasa pengesahan pasaran di mana idea — dalam bentuk produk atau perkhidmatan — dilaksanakan dan diuji bersama dalam kelompok masyarakat yang dipilih, yang memberi kesan langsung kepada mereka.

 

Program ini tiba ke kemuncaknya semalam apabila setiap pasukan selesai menyampaikan taklimat terakhir dan membentangkan idea mereka di hadapan panel juri yang terdiri daripada wakil UMWT, Kementerian Pendidikan dan myHarapan. 

 

1

 

Selepas menilai dengan teliti setiap pembentangan itu, penyertaan terbaik daripada empat buah sekolah telah diumumkan oleh barisan juri, termasuk pemenang bagi hadiah-hadiah lainnya.

 

Segala usaha yang dicurahkan itu, TEY menawarkan hadiah lumayan bernilai RM10,000 sebagai hadiah utama, RM7,000 bagi hadiah kedua, RM5,000 bagi hadiah ketiga dan RM3,000 bagi hadiah keempat. 

 

Turut disediakan ialah hadiah saguhati bernilai RM1,000, serta RM500 bagi hadiah persembahan video terbaik dan guru sokongan terbaik.
 

 

Senarai pemenang adalah seperti berikut:

 

Keputusan :

 

Juara:                     -   SMK Tamparuli, Sabah (RM10,000)

Tempat Kedua       -   SMK Toh Muda Abdul Aziz, Perak (RM7,000)

Tempat Ketiga       -   SRI KDU Secondary School, Selangor (Rm5,000)

Tempat Keempat   -   SMK Tunku Kurshiah, Negeri Sembilan (RM3,000)

Tempat Kelima      -   SMK Yong Peng, Johor (RM2,000)

 

5

 

 

Kategori Video Terbaik:

SMK Yong Peng, Johor (RM1,000)

 

 

Tenaga Pengajar Paling Membantu:

RM500 Cash Voucher, Mr Ernest Kelly Subin dari SMK Tamparuli, Sabah

 

 

12 Sekolah Yang Tersenarai dan Projek yang dijalankan:

 

1

SMK Seksyen 10, Selangor

Eco Thursday

2

SMK Kamil, Kelantan

T-Bag

3

SMK Tunku Kurshiah, Negeri Sembilan

Penurapan Jalan Menggunakan Plastik yang dibuang

4

SMK Tun Perak, Selangor

Eco Top

5

SMK Toh Muda Abdul Aziz, Perak

Save Sungai Buluh Project - Aquabin

6

SMK Tamparuli, Sabah

Green Technology - Pisang Magnet & Buah Ozon

7

SMK Yong Peng, Johor

Using Fishpond Water for Agriculture

8

Sri KDU Secondary School, Selangor

Greenwall 2.0

9

SMK Seri Tanjong, Malacca

Water Filter at SST

10

Global Indian International School

Plastic Elimination at school

11

SMK Jalan Kebun, Selangor

BoxTle

12

Labuan International School, Labuan

Water Filter Kg. Patau-patau

 

3 

Berita Berkenaan

Uncategorized
Pada tahun ini, sebanyak 15 sekolah menengah di seluruh negara mengambil bahagian, yang diwakili…
Berita Domestik
Majlis tersebut turut disertai bersama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan wakil UMW Toyota…
Berita Domestik
Program ini terbuka kepada pelajar sekolah menengah yang berumur antara 13-16 tahun dan tiada had…